Assalamualaikum gengs ni sambungan daripada entri lepas.
Almost 3 months left. Banyak pengalaman sepanjang menunggu nak majlis ni. Sebab tu org kata, org yg nak kawin ni nanti dia sendiri akan matang. Persoalannya matang ke aku ni? Hahaha! Kalau sikit sikit nak gelabah.
Tengah baik hati ni nak kongsi tema majlis aku nanti. Yeah setelah berpikir panjang. Lastly decide nak pilih tema pink + gold. Hari tu beriya nak buat rainbow. Tapi tak jadi :( susah nak cari wedding planner yang baik hati nak letak semua kaler dalam majlis tu nanti. boleh la tengok entri planning tema aku dulu yang tak menjadi tu, hehe.
Hrm majlis aku nanti takde pelamin. Pastu aku gantikan dengan photobooth. Utk kitorang sefamily membe membe amik gambar. Buat mcm ni lebih murah rasanya berbanding nak sewa pelamin beribu riban semata mata duduk utk beberapa jam shj. Jangan membazir tu kan amalan syaitan :) nanti kalau korang nak kawin fikir elok elok ye.
Buat masa ni tengah menunggu kad jemputan n baju bersanding siap. Baju tu warna putih, jadi mcm pucat. Hbs tu pegi anta kat taylor utk beading bewarna n ubah sikit2. Maybe bulan 12 siap, wuuu tasyabaar rasanya nak tgk hasil nanti :p nanti lepas selamat majlis aku cerita pasal baju secara detail k :)
Alhamdulillah baju nikah da lengkap. Da siap feeling feeling lagi. Excited sebab warna pink! Haha. Sorry pink tetap di hati ku T_T sampai bakal suami cakap ape. Asik asik pink. Sikit sikit pink. Hrmm tarik nafas panjang dia :p
Start bulan 12 la kot start settle kan barang hantaran n pikir goodies ape nak bagi pada tetamu. Nak tunggu aprovement daripada pihak lelaki pastu dah boleh submit borang kawin.
Hari tu dah jumpa tok sidang dah untuk tetapkan tarikh n tempat nikah. Cadangan mak nak aku nikah dekat rumah. Tapi tok sidang tak nak. Suruh nikah dekat surau juga. Sedih la jugak. Tapi nak buat macam mana ikut je la. Kang tak nikah kang. Haa haaa.
Salam Sayangssss.
1 comment:
Excited pulak baca cerita nak kawen nie. Heheh.
Post a Comment