Sunday, October 19

Hari Jubah (Officially Graduated)

Assalamualaikum :D
Alhamdulillah. 3 tahun lalui susah senang hujan panas menuntut Ilmu. Kau tau sendiri macam mane kan, hee. Rasa bersyukur sangat, happy lihat kawan seperjuangan dapat konvo sesama. Perasaan tu Allah je tahu :')


Ok. Banyak beno nak cite ni. Alamaklumla lama betol dah tak update blog ni, sibuk dengan urusan dunia bhaaha :p
Sebenarnya konvo ni kita rasa happy plus plus sebab dapat berkumpul dengan kengkawan serumah sekelas seKUIM . Amik kesempatan nak amik gambo banyak banyak borak tak habis cite. Tak kering gusi di buatnya. Macam tak jumpa setahun. Padahal baru 4 bulan x jumpa. Kalau tak jumpa setahun aku tak tau la ape jadi wahaha.



sebulan dah lepas, baru nak cerita sekarang. cerita basi. ikutkan hati aku malas je nak cerita. tapi benda ni terasa fresh lagi dalam otak ni. nanti next time dah beranak pinak dah tak larat nak menaip boleh la baca baca balik kan :p

11 September 2014. hari di mana kami di raikan. tapi sampai sekarang aku tak pegi amik sijil lagi, weee. tahun depan lah time free free aku amik. sekarang ni sibuk kerja, terasa banyak dah amik cuti sebab nak uruskan kawin T_T

muka mak aii melepak. fake betol lighting ni hahaha!

Gambar paling berharga abad ini. dia punya feeling time ni bagai nak runtuh dada. terasa macam beribu ribu mata tengah memandang. lepas dah dapat duduk tu rasa lega sangat hati ni. sebak sangat. nak jatuh air mata rasa nak menangis. tapi bila tengok kawan, orang sekeliling muka steady je happy happy. takkan la aku sorang je nak nangis. macam pelik pulak rasa nya. sob sob.

sebelum hari kejadian ni. kitorang ade dinner dekat Hotel Ramada. memang grand siap ade artis jemputan Najwa latif dengan Nasir wahab. seronok dapat lepak dengan ex-roommates , classmates. nak belanja gambar. tapi gambar banyak dekat camera kawan. tak tahu la bila taun nak dapat hehe.



nampak tak muka penat je. siang kerja, kerah tenaga pulak tu. gagah kan diri demi kengkawan. ceh. ramai tegur i dah kurus, dah takde pipi comel dah kata mereka. tapi aku tengok sama je. comel je kahkah. sila muntah. tudung senget benget pun dah tak heran masa ni. sebab rasa macam tengah hanyut dalam khayalan sendiri, haha! rasa macam nak tido je dengan kepala buat hal. heeew kenangan terindah.

pertama dan terakhir

sambung degree tak?

"bila difikirkan terasa nak sambung, sebab rasa seronok. dia punya stress belajar tu lebih seronok berbanding stress kerja walaupun dapat duit. tapi di sebabkan jodoh aku menyapa terlalu cepat, nak sambung belajar, dgn ada tanggungjawab sbg isteri/ibu kelak ia terlalu berat utk aku. lagi satu pun otak pun nak berbisnes je ni sambil focus nak jadi isteri mithali nanti :p. sebab paling utama, bakal husband tak izinkan"



May Allah ease everything :'). 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...