Thursday, January 10

Peng-Hijrahan

Assalamualaikum ^_^

Dalam usaha untuk berubah, insyaAllah :)

Alhamdulillah, kalau kita tengok sekarang ramai dah berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Artis pun ramai dah yang bertudung dan lengkap menutup aurat. Di sebabkan peredaran zaman yang semakin moden ni, banyak peluang untuk berubah.
  • Pakaian muslimah ikut trend semasa.
  • Lebih selesa
  • Walaupun tutup aurat tapi masih boleh lagi bergaya.
Paham-paham je lah. Kaum hawa ni kan tak boleh lari daripada untuk kelihatan cantik di mata sendiri mahupun di mata orang lain. Maka nya paham lah sendiri ye. Hehe.


Usaha awal:

  • longgarkan pakaian yang dipakai. Cth: pakai blous labuh, jangan pakai seluar jean tapi pakai kain, pakai tudung tutup dada.
  • rajin membaca dan mendengar dakwah or ceramah. Cth: dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus sebeb beliau sangat memahami jiwa remaja dan berdakwah mengikut isu semasa + kelakar pulak tu ^_^
  • Membaca majalah ke arah islamic merangkumi semua. Cth: majalah Gen-Q (untuk para remaja). DARA (untuk remaja perempuan) NUR (untuk wanita)
  • Baca al-Quran lepastu baca sekali terjemahannya, seronok tau ;) banyak sangat cerita yang kita akan dapat tahu nanti.
  • Rajin berzikir dan berselawat (cari album Hafiz Hamidun-Zikir terapi diri) Terbaik~ memang tenang jiwa, walaupun hati dalam keadaan sakit. InsyaAllah kita akan sentiasa ingat Allah sentiasa ada bersama kita.

Jangan lupa untuk berdoa supaya diperkuat kan iman kita. Minta petunjuk dan hidayah dari-Nya. Meminta keampuna atas dosa-dosa lampau. Minta kekuatan agar terus tabah, sabar dan kuat menghadapi segala dugaan yang Dia berikan pada kita.

Jangan lupa juga untuk meminta supaya diampun dosa-dosa ibubapa kita :)

Semoga makbul doa kita semua untuk berubah. Insyaallah. Mudah-mudahan ye :)



1 comment:

Akupenghibur.com said...

alhamdulilah sangat bermanfaat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...