A little about me:
- Pemalu (kadang-kadang sampai malu tak semene)
- Pendiam (with someone that i do not even close)
- Lemah lembut
- Sopan
- Ayu
List yang kat atas tu adalah pandangan dari "orang luar" that mean yang tak kenal aku dengan lebih rapat. Tapi bab pemalu tu swear memang betol dan tepat sama sekali. Kadang malu kena tempat, kadang malu terlebih sampai buat orang lain menyirap dengan aku -_-' Hrm bukan sengaja nak buat diorang menyirap tapi confident level dalam diri aku memang payah nak di bendung lagi. Memang kadang tu da tahap 0.01% sampai tahap aku pulak yang menyirap dengan diri sendiri, entah ape ape entah. Tapi kadang juga boleh melonjak sampai tahap 80% (wow!) bila kawan kawan banyak menyokong :')
More about me:
- Talkative
- Gila tahap gaban
Hrm maybe or sometimes.. Sekali lagi, orang tak kenal aku, memang orang akan anggap aku sombong nauzubillah. Takpe, walauapepun aku tak penah pertikaikan semua tu. Sebab orang pemalu + pendiam ni memang wajib orang akan label die sebagai seorang yang sombong. Aku tak nak jadi orang lain, penat bukan? So just be yourself.
Lagi satu, aku ni jenis manusia yang tak suka masuk campur hal org lain. Buat tak tau je. Dengan kawan yang betul-betul ngam baru menyibuk hehe. "kain sendiri koyak, sibuk nak jaga tepi kain orang"
Hrm
Teringat pulak dulu time kecik-kecik. Time muka babyface masih bertapak kat muka ni, orang label aku sebagai seorang yang murah dengan senyuman. Sikit-sikit senyum, macam takde expresion lain dah. Haha. Dah la comel, suka senyum pulak tu. Err maybe macam tu lah anggapan orang lain :p
Tapi hakikat nya sekarang takde dah since form 3 or 4. Mungkin sebab kita dah dewasa, hidup semakin sukar. Banyak masalah yang tersimpan dalam lubuk hati ni menyebabkan effect pada mulut susah nak tarik dari pipi ke telinga. Hewhew. Sadis rasanya bila pikir diri sendiri.
Haha dah lah, tak payah nak sadis sangat la kan. Aku tak pernah benci diri sendiri, menyampah sikit tu ade lah. Tak ketinggalan, sikit terganggu dengan perangai sendiri. kikiki. Tapi aku tahu, aku dah semakin dewasa. Fikiran pun da macam orang beso. Sebab memang aku dah beso lah, muka dah berkedut 1. Cepat-cepat repair balik :D (merepek je)
Ok lah korang. nanti aku cerita lagi panjang-panjang. ade ape-ape nak tanye, tak puas hati. Nak ngentam ngentam lah, ade i kesah? HAHA. Kalau nak puji pun boleh ajee :p Sila tinggalkan pesanan anda diruangan comment (bawah) atau di ruangan citcat (side kanan)
Terima kasih, datang lagi~ Ting tong~
1 comment:
Terima kasih sudi follow n singgah :D
Post a Comment