Assalamualaikum korang. Macam mane hari-hari anda? Ape pun yang terjadi, bersyukur saja lah ok ;)
Siap sedia ni celoteh panjang. Dah nekad tak nak copy paste lagi :D
Pejam celik je aku dah masuk sem 4 belajar dekat KUIM ni. Rasa sekejap je, tapi nak menuggu gila kentang la tak menahan. Aku kat sini study in 1 sem hanya 4 bulan je. Then cuti sem. dan seterusnya, rasa lama sangat sebab assigment berduyun. Kali ni lagi gempak bilamana assigment kena buat bercouple n individu. Terbaiiikkk (ala-ala boboiboy). Memang terpusing-pusing kepala. hujung bulan ni dah kena hantar KEW (perakaunan kewangan) punya semen, macam tak start ape ape je. Eh masak lah aku.
One more thing, Jadual class aku sangat sadis. Bila setiap hari ade class 8 pagi. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis nasib jumaat tak pagi. Tapi petang tersangat lah pulak. Kuliah 3-5 petang. Bertambah sadis bila susah dah nak balik petang-petang macam tu. maaakkkk toloooong :'(
Tuntasnya.....
Aku kuat kan semangat dan positif kan kepala bulat ni supaya hari-hari gagah cari ilmu. Cari ilmu kan satu kewajipan, dapat pahala lagi tu. Lagi-lagi pagi lepas subuh. Otak segar, muka berseri-seri. HAhaha terusss kauuu. Setiap sem mesti nak bergado dengan housemate. Sebab kitorang tak sama class. Aku class B, diorang pulak ade yang class A and D.
Memang tiap kali amik jadual tak sah kalau tak check class hari jumaat, berapa hari class 8 pagi. Hewhew.
Nak cari ilmu pun berkira kan. Tolong jangan contohi sikap daku yang teruks gaban ni.
so ape yang kitorang gadoh kan? Apa lagi kalau tak bertekak pasal siapa paling banyak class pagi.
Jadual aku: Isnin till Khamis class 8 pagi. Jumaat - 3 till 5 p.m. Ini bermakna.....
Yeah aku juara!
Hehe maksud aku bergado tu takdelah bertumbok, tampar dan sekutu dengannya. Cuma main perli-perli baik punya.
H-tag sentap (#sentap: mcm ni rupa nya) tangan di bahu, mata ke atas. Ahax.
Selalu : "esok class pukul berape? Sape class pagi esok?" (buat2 tanye, padahal dah terang lagi bersuluh)
Peh!
Isoky geng, ade ubi ade batas. Ade hari aku makan ubi korang makan batas jer :p
Semalam terasa penat sangat, pagi-pagi bangun sorang-sorang, mandi sorang-sorang (eh?), sarap pun sorang-sorang.
Amik masa nak angkat diri sendiri dari bantal empuk + cuaca sejuk. Kumpul lemak-lemak malas buang bawah katil.
Kumpul tenaga kerajinan dengan berwuduk and solat subuh. Alhamdulillah berjaya :D
Balik rumah pukul 1 padahal 2 class je. Seronok merewang satu kolej, hamik kau peluh tak nak berenti walau kipas atas kepala.
Rasa macam suri rumah tanpa suami je bila balik-balik kena angkat and lipat baju sambil membebel
"penat betol jadi suri rumah, mcm ni la agaknya nanti. Lepas bekerja, sambung kerja lagi kat rumah. Peh penat."
Sebab tu lah aku tak direla kan kawin time masih belajar -_- mom always rite~
Korang sabar dulu, banyak lagi nak cerita ni. Bukan senang aku nak buat entri panjang ni haha. Malas nak buat entri lain :p
Ha hari khamis lepas aku ada pergi ceramah bertajuk Aku, Dia sebelum ke Baitul Muslim by Ustazah Dr. Suhaila
Sekali lagi sentap bila banyak dugaan rupanya berumahtangga time tengah study ni.
1- Mampukah belajar lagi?
2- Urusan rumahtangga macam mane?
3- Kehadiran cahayamata
4- Ekonomi saraan hidup (buat lelaki)
Berat sungguh kan. Bagi aku, aku memang tak mampu. So hold on dulu.
"dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka sehingga Allah memberi kekayaan kepada
mereka dari limpah kurnia-Nya"
Dah masuk minggu yang ketiga aku takde class hari selasa. Sebab cuti krismas, cuti tahun baru n pensyarah ada private problem.
So berjimba-jimba la kau pada hari selasa :D
Hari ni plan nak pegi amik suntikan HPV, tahun 93 kan free of charge. Bukan sekali dos je tapi 3 taww.
Bila pikir-pikir kan bukan senang nak dapat free, 1 dos= RM 500. 3 dos= RM 1500. Mane nak cekau? At last, harapan hanya kenangan. 17 hrbln baru boleh amik.
So next week kena pegi lagi. Nama dah bagi, cuma suntik tak lagi... Tak pe sempat lagi nak kumpul jiwa untuk terima suntikan tersebut :p
Thanks for sanggup baca :)
No comments:
Post a Comment