Saturday, November 3

If i can propose u. I will...

Bismillahirahmanirahim. Assalmualikum :)
Sebelum ape ape. Korang boleh nilai  blog aku ni ye. Tengok sebelah kiri dalam ruangan Hak Korang :)
Terima Kasih daun keladi.


Ni entry berangan. Kalau agak agak sape yang suka berangan lebih lebih tu meh lah berkongsi kegembiraan bersama dahku yang sememang nya kuat berangan haha. 
Sebenarnya ada tujuan tersembunyi aku buat entry ni. Biar hati and tuhan saja yang tahu. Weewee, suka mak jemah.
Perkara yang selalu kita berangan dan impikan iaitu berkenaan dengan KAHWIN. Hamik kau besau *melake aku bagi haha. Biar terjojol biji mata dikau. Tapi sebelum nak kawin tu mesti ada sesi lamaran kan kan kan.... So kali ni aku nak cerita pasal lamaran la. Eh belum lagi, aku belum di lamar secara serius pun oleh sesape. Tapi ni aku nak bawak satu cerita yang serius dengan dahi bekedut. Kalau lah aku boleh melamar lelaki / nak sangat lelaki tu melamar aku dengan cara ni.... *sambil pandang siling atas

Search punye search la kan. Aku terjumpa satu fakta yang menarik and ada kena mengena sangat lah dengan aku. This is.. 


Ha nampak tak? Muda kan aku bercinton. Sekolah main-main. 

Ok abaikan. 

Boys : 
'Sudikah awak berkahwin dengan saya'.
'Sudikah awak menjadi suri di hati saya'.
'Sudikah awak untuk jadi yang halal buat saya' (trend baru). 
or bahasa omputeh nye
'Would u marry me'

Girls:
'Ye saya terima'
'Ya saya sudi'
dengan air mata bertakong dan menahan sebak yang teramat sangat. (eh macam tau tau je) 

Ranking #1

Siap ranking taw haha. Plan aku lah kan. Aku nak guna kan makanan. Standed dice lah orang buatkan hehe. So sukati aku la nak tiru. Aku nak upah pekerja restaurant tu untuk backup and tolong melancarkan lamaran aku ni. (ceh bajet mcm lelaki aku ni). Makanan yang aku akan guna ialah kek or ape pun makanan yang die akan order. Eh sebelum tu, jangan lupa cari tempat yang strategik supaya tak kantoi. Dan juga pandai main trick dan cover buat buat tak tau. Walaupun tengah berterbangan rama-rama dalam perot, ahak!

Permainan yang kita akan buat. Buat-buat lah tertinggal purse or handphone dalam kereta. Lepas order makanan tu buat-buat "Eh mane barang i ek, u nampak tak. Halamak ai tertinggal la dalam kereta. I p lari jap ea, u tinggal sini taw jangan pegi mana-mana. Janji!" (padahal risau kantoi tu, siap nak berjanji bagai)
Lepas tu apa lagi. Mission impossible bermula la. Hehe pergi jumpa waiter/waitress untuk buat perjanjian. Tak pun berlari ke kedai yang berdekatan untuk tempah small kek or amik tempahan kek yang dah di tempah sejak awal lagi. Atau tak pun rasa-rasa tadi parking kereta sebatu malas nak menapak. Buat la alasan nak terkencing ke, terberak ke hehe. Maksud nye mintak excuse nak p toilet la. Senang kan kan.. Apa yang payah sangat :p

How sweet when all we want become true.

Ranking #2

Ha yang ni pun amat-amat lah teruja aku nak cerita kan. Sampai tak tido malam kau, excited punya pasal haha. Erna erna, ape pun tak boleh lah kau ni. Queen of chestnut
Ni melibat kan family. Ok macam ni ea cerita die. Berangan jauh jauh cepat! 

Contoh aku lelaki
Suatu hari tu aku nak ajak si dia keluar. Tapi dengan syarat kena pakai lawa-lawa or just pakai baju kurung. Janji nampak sopan. Nanti die mesti pelik kan. Dah pelik mesti la die akan tanye kan. So jawab lah dengan selamber, yang aku nak ajak pegi kenduri rumah kawan. Or mane mane event yang bertemakan baju tradisional melayu. 

Aku akan deal dengan family die tanpa di ketahui oleh si dia. Contoh telephone la mak die ke, lagi mudah. "Salam makcik, Esok/lusa saya plan nak datang umah makcik bawak rombongan. Nak merisik anak makcik. Boleh?". Mesti lah boleh kan. Sambung "Tapi kalau boleh saya tak nak anak makcik tau, saya nak buat surprise." Ha kira camtu lah hehe.

Situasi di hari tersebut.

Si mak yang da tahu tapi buat-buat tahu: "Kau nak pegi mana ni? Pakai baju kurung bukan main. Kalau ye pun pakai la baju cantik sikit. Ha pakai baju ni, kan lagi lawa anak mak :p"

Si kena tipu: "Orang nak pergi kenduri/event. Eh mak, ok la ni. Nak kene tukar lawa-lawa ea? Bukannya ada pertandingan nanti yang orang boleh menang. Yang mak ni pulak nak pegi mana pakai baju kurung bagai. Pegi kenduri gak ke? Rumah sape? Ke nak ikut orang?"

Mak: "Pakai je lah, tak yah banyak tanye. Mak ada hal sikit jap lagi"

Anak: panjang-panjang aku cakap tu je yang mampu die balas. "ok" Jawab si anak nak tak nak.
    
Dan lepastu memang terkejut beruklah bila bukan si dia je yang datang. Tapi satu family HAhaha. Seronok nya dan automatik terbuat muka blur.
Korang dapat tak bayangkan? 

Ranking #3

Situasi ni pulak melibatkan kawan-kawan. Means lamaran di buat depan kawan-kawan, di bantu dan di meriahkan oleh mereka. Yang ni pun ok, sebab boleh berkongsikan kebahagiaan bersama-sama. Lagi pun aku bercinta sejak sekolah, ramai kawan sekolah yang dah tau. Hehe. Bahagia nya rasa.

setiap pasangan akan lalui nya. tak kira cepat atau lambat.

Kata orang. Apa yang kita nak kebiasaan nya susah nak dapat. So aku takde la mengharap sangat. Tapi seboleh-boleh nye aku nak. Haha budak degil. Ni semua suka-suka je. And bagi idea pada sape-sape yang tengah buntu macam mane nak melamar si dia :)

Semoga ianya membantu. Sekian. Thankeee ^^





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...