Friday, November 2

Cara penjagaan diri yang aku amalkan :)

Asslamualaikum. Hai-hai Hei-hei Hoi-hoi 

Kali ni aku bermurah hati nak share pada korang. Ape yang aku guna and amalkan setiap hari untuk jaga kulit muka dan kesihatan. Alhamdulilah tuhan kurniakan aku rupa yang ADO lah. Bak kata orang tak cantik tapi ok lah. Sedap mata memandang dengan riak nye.  Halamak perasan lah pulak.Korang je berhak menilai :p aku tak nak kene hamun belakang-belakang. Dak erna megah, riak, takbur. No no no jangan salah faham ye. Sharing is caring right? Kedekut ilmu tak menjana masa depan yang cerah pun. Kan kan..

Dulu aku admit sangat-sangat kulit muka aku kusam, berminyak, jerawat kat mana-mana je timbul. Kadang-kadang fadeup jugak. Sebab kulit sensitif kan memang cenggini. Sensitif la kata kan, siki-sikit merajuk. Hehe tapi aku sabar dan melayan kerenah kau tanpa putus asa. Dan sekarang aku dah jumpa produk yang sesuai untuk kulit aku. Alhamdulilah :)

Ok firstly, pencuci muka. Produk kecantikan muka ni aku lebih prefer untuk guna Safi Balqis Perfect 10 yang baru tu. Aku pakai since die di keluar kan, yang penting ia suci (halal) Lama la jugak aku dah guna, tapi tak ingat dah berape lama, haha. Pembersih muka kawalan minyak memang sesuai untuk kulit aku yang berminyak dan sensitif ni. Kalau silap sikit mula lah naik jerawat, lagi-lagi kat bahagian dahi. Pemilihan cuci muka yang sesuai memang penting sebab die lah dalang, ketua untuk membuang segala kekotorang yang melekat kat kulit muka kita :) 

Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca muka mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.

Second is skrub. Bendalah ni pun penting juga sebab die boleh hilang kan sisa-sisa kekotoran yang tertinggal masa aku cuci muka tadi. Kadang malas nak cuci n ala kadar je kan. Kotoran-kotoran degil pun memang degil lah nak p jauh jauh hehe. Tapi skrub ni tak guna hari-hari pun. Dalam seminggu 2 atau 3 kali je.

Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit kusam dan tak bermaya. Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran di samping mencerahkan kulit.
Third is toner/penyegar. Toner ni aku tak boleh tak pakai. Tak tau kenape. Sebab bila guna je benda ni automatik kulit aku seolah-olah bernafas bebas dan ringan je. Seronok bila pakai ni sebab kulit jadi sejuk. Cara die senang je, cuma amik kapas muka, tuang kan sikit n sapu pada muka. Kemudian korang tengok balik pada kapas tadi mesti hitam kan hehe. Tu makna nya sisa kotoran yang korang cuci muka tadi, tak semestinya bersih 100%. Yang penting non-alcohol.
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 tanpa alkohol dan tidak melekit, mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah.
Seterusnya ialah serum. Ni untuk hasil yang lebih baik lah ye. Descrription die ade bawah pic aku ni :)

Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI Balqis Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. Sesuai digunakan setiap hari.
Pelembap muka siang spf 15. Fungsi die ada lah untuk menghalang / melindungi kulit muka kita daripada sinaran uv. Bagi aku yang tak suka krim kecantikan, pelembap ni lah benda paling penting aku kene pakai. 

Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca kulit gelap. Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 mengandungi perlindungan UV ekstra, bertindak melindungi kulit dengan lebih efektif.
Krim pelembap malam. Nak bezakan antara yang siang dengan malam, cuba tengok penutup die. Untuk yang siang warna silver n malam pulak warna dark blue. Bukan takat siang je kita kene pakai pelembap, tapi malam pun perlu. Untuk memperbaiki kerosakan kulit yang kita alami pada siang tadi. Kan pergi berjalan, koto dan sbg nya. Bila malam pelembap ni lah yang akan memulihkan sebagai contoh sunburn.

Waktu malam kulit kita paling reseptif untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 membantu proses pencerahan sel-sel kulit dengan lebih intensif.
Ha tak lupa juga oxy face powder for oily skin. Aku refer untuk guna OXY sejak die keluar walaupun baunya kurang menyenangkan. Tapi aku buat pekak hidung je. Cuma Bedak ni je yang aku sesuai pakai. Yang lain hampeh, jerawat bertubi-tubi menyerang kalau berpeluh. Dan bedak ni juga memang comey n sesuai untuk teenagers seperti 'kami'

membantu mengawal minyak, mencegah cela dan mencerahkan seri wajah anda

Lip Ice untuk bibir. Lama sangat da aku pakai since die di keluarkan juga hehe. Aku suka sangat lip balm ni sebab bila kite pakai automatik die akan hasilkan warna yang sesuai untuk bibir kita sambil melembapkan :) Bawah ni ada hasil nya. Bukan edit tau, ori.

sebelum
selepas
Huh agak panjang lebar ye entry kali ni. Biasa lah majlis ilmu la katakan. Hehe ada lagi satu produk yang aku nak msyorkan pada korang. Vaseline. For your body skin not for your face skin ok. Lotion ni i really really love it. Superbest la bagi aku, sebab die tak tipu punye olang lor, betut. Wa tarak tipu sama lu olang suma. Perkara wajib yang aku mesti kene buat iaitu menyapu lotion di seluruh tangan dan kaki. Supaya kulit terlindung daripada pancaran UV yang seterusnya akan menggelapkan kulit yang memang tak bape nak cerah sememangnya haha. Tapi still nak pakai. So korang kene la pakai, nak kata bau die wangi, memang tak lah. Nak kata busuk pun tak. Tapi bau die just plain.

Pic gelap beda'ah. lightening hampeh.
healthy white SPF 24 triple lightening lotion. Pilihan saye.
Macam Nora Danish tak? Ahaktuih


So sekarang boleh la keluar dengan senang hati. Hehe tu lah yang aku buat sebelum nak keluar. Just a simple way without any makeup. Aku memang tak minat nak bermakeup n sebenarnye tak pandai hehe. Walaupun eyeliner, look like an evil bila aku pakai haha.

Last but not least. Eceh. Ni lah antara produk yang ringan dan comel untuk buang lemak berlebihan. Selulit pun boleh :) Mustajab ni baru je keluar tau n aku memang suka beli barang-barang baru ni. Pamogranate scent yang berbau delima. 

Dan yang seterusnya. y-uShake your bon bon hehe. Boleh memecahkan lemak. Melancarkan peredaran darah dengan lebih berkesan. Benda ni bila aku bosan bosan, aku guna lah. habis bergegar satu badan. Kadang kadang tu kelakar juga hehe.


Ok last last. y-EnAmor II ni lagi lagi lah bagus. Boleh elak sembelit, melancar kan peredaran darah, sakit-sakit sendi, buang angin dalam badan n banyak lagi lah. Dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki. Lepas guna kerusi ni, badan aku lebih ringan dan segar :D


Untuk penjagaan kesihatan untuk otak. I choose Examo. Untuk kuat kan daya ingatan, cergas kan otak dan dorong kita untuk lebih rajin untuk belajar :)
-Examo CKMM 500
-Examo CKM - 500 PLUS 


That's all ! Akhir nya tamat lah sudah class kita kali ni hehe. Semua faham tak? Sape tak faham sila tinggal kan coment di bawah ye. Insyallah cikgu akan bantu. Ha ape dia Pe'ah? Ubat untuk hati tak de ke? Eh mesti lah ada. Tapi kita tak perlu nak berhabis duit untuk beli produk-produk ni semua. Free je. Sape nak? Amboi pantang dengar free. Terbeliak biji mata ye hehe.
- sentiasa berfikiran positif
- bebas dari hasad dengki
- solat 5 waktu jangan tinggal
- berzikir
- baca al-quran setiap hari. 1 atau 2 muka surat pun dah memadai.
- baca terjemahannya sekali :)

Insyallah.. Sihat lah hati kita.

Hei korang! Jangan lah pegi dulu. Aku nak ucap terima kasih sebab sudi amik tau dan support me. Tak mau lah sombong-sombong n cakap belakang-belakang ye. Eh tak de tak de. Takde pun niat nak menuduh, tapi sekadar nasihat.... Hehe.
So! Jumpa lagi ye dalam segmen yang akan datang. Tata titi tutu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...