Friday, June 27

II:Bride-to-be (B2B) Settle list to do

Assalamualaikum :-) 

Hai korang, im back hehe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seawal tempoh 12-8 bulan ni banyak benda da settle kan. Legaaaa~ Haha awal kan? Nampak beno excited tu.

CATERING

Bulan 5 dah booking catering, walaupun time ni kami tak confirm lagi tarikh. Tapi tetap booking letak bulan je. Sebab time tu sesaje jalan dekat pameran pengantin dekat aeon. Mak ayah pun kata ok, so terus hari last pameran tu pegi booking deposit bawak mak ayah hehe. Untung nye sebab catering ni da siap sedia kan kompang, kek, dj, banner, bunting n tukang saji.. so ape nak pikir lagi. Tak yah susah susah cari lagi kang. Alhamdulillah.

PHOTOGRAPHER

Jurukamera pun dah settle booked. Yang ni bukan dari pameran tapi dapat daripada Facebook hehe. Company ni ada buat promo, kebetulan promo sampai Mac 2015. Yang ni decide untuk book lepas je keluarga kami bincang untuk tetapkan tarikh. Dah dapat tarikh berdesuuup terus booking photography, hikhik. Takut takut tarikh yang kitorang nak tu dah full. Daripada melepas baik bertindak awal. Kan... Alhamdulillah.

KAD KAWIN & DOOR GIFT

Benda ni pun tempah daripada pameran pengantin dekat Dataran Pahlawan baru baru ni. Tengok awal lagi dah tempah kad kawin haha. Ape boleh buat, ade peluang jangan lepas kan. Akak tu pun kata ok, awal lagi bagus takde la pening kepala last minit. So lepas ni takde lah nak pikir lagi kan ;) Alhamdulillah.

BARANG HANTARAN

Untuk barang hantaran ni dalam progress. Da start beli sikit-sikit dari hari tu. Kalau nak beli sekali semua, memang koyak purse aku. Bukan koyak je siap tekopak kopak hahaha.

BUTIK

Ha yang ni aje lah belum dapat lagi. Nak cari juru makeup dengan baju belum start booking lagi. Aigooo. Susah la nak cari baju pengantin sekarang yang ikut citarasa muslimah. Semua nak seksi seksi -_-'
Makeup pulak aku memang fail. Kalau ikut kan tak nak je makeup. Sebab memang tak suka n tak penah. Nak makeup pun takut. Kot kot rupa jadi macam neelofa kang macam mane? (HAHA)


Doa kan Allah permudah kan urusan kami ni ye.

TIPS::

Kalau boleh semua kerja booking membooking buat awal. Supaya kita tak kecewa bila tarikh kita dah dirembat orang sebab FULL. Boleh elak daripada kekalutan bila nak dekat majlis nanti. Kalau dah panik, kemungkinan untuk kita pikir panjang agak tipis. Dan kemungkinan untuk kita sanggup untuk tempah pakej yang mahal mahal agak tebal. (dah macam manipulasi pulak)
Yang penting boleh elakkan stress nak kawin nanti, kalau stress nanti tak cukup tido. Bila tak cukup tido mesti muka kusam.

Friday, April 25

SAHABAT- ini untuk mu

assalamualaikum sahabat dan adik-adikku

Terimalah cebisan kata dari sahabat mu dan kakak mu ini

Saranghae


Kawan,
Taukah kamu berapa lama masa yang kita lewati bersama??
Aku tak ingin tau,
Karna kamu selamanya bagiku.....
Bersamamu,
Tangisku kan terurai menjadi tawa
Dukaku kan terpecah menjadi bahagia
Dan airmata yang terlanjur jatuh....
Takan berubah menjadi nestapa
Denganmu,kepenatanku tergilas sirna

Terkadang disatu waktu,
Prasangka pernah menjauhkanmu dariku
Tapi sungguh kawan,
Amarah takkan bisa bertahan lama dikalbuku
Kusadari aku terikat jauh kedalam hatimu

Ingatkah kawan,
Kita pernah duduk bersama
Melukis langit dengan impian
Tentang aku , kamu dan kehidupan......
gambar ni je yang cukup korum tapi hani belum wujud pulak (haha)
rasa nya seperti baru semalam kita berpisah.
kerana perpisahan ini, aku tahu sememangnya aku betul-betul sayang kan korang.
tak sanggup berpisah.
tak sanggup bila tak ada lagi korang depan mata layu ku ini.

sayang adik2 akak, semoga berjaya di KUIM
sahabat, sungguh benar ku mengharapkan agar kita mampu seperti selalu
walaupun kita pernah bermasam muka, tapi tu semua hanya asam garam sebuah persahabatan.
bahkan sebagai pemanis dalam hubungan.



sahabat, ketahui lah di saat ini air mata ku mengalir kerana teringatkan kamu semua.
betol rindu, Allah sahaja yang tahu.
Tak ada lain lagi kata yang mampu ku taburkan selain
"Aku rindu kan kamu semua kerana Allah"


Allah rahmati lah persahabatan kami ini.
semoga suatu hari nanti kita akan dipertemukan dengan keadaan yang sebegini indah :')

kalau dulu gelak ketawa lah yang menggemakan rumah 35-03
gurau senda lah yang memecahkan anak tekak dan perut. 
waktu makan, makan ramai-ramai sampai tak cukup ruang, terpaksa ketepi ngensot-ngensot, peha bertemu peha (haha)
waktu exam suasana rumah bertukar jadi macam suasana library, senyap, sepi, focus.

hrm semua nya tinggal kenangan kan sahabat?

"kan kuusung rindu ini besama-sama cinta dan air mata"

typing with Love,
Erna Ezaety






Saturday, March 29

I : Bride-to-be (B2B) Planning

Assalamualaikum readers

Kali ni dapat la update entry, sementara kelapangan takde buat ape, goyang-goyang kaki atas katil ni haha! Baik aku memenuhkan segala apa yang ade dalam blog yang tak berapa nak ade takde ni. kikiki.

Sekarang ni tengah fening tema/colour apa yang aku nak buat time wedding nanti. Bila da buat pilihan nampak yang lain je 

"eh ni macam cantik je"
"lawo jugak ek kalau tema warna ni" 

Fuhhh pasal tema je da serabut. Yelah takde tema warna tak jalan lah benda-benda lain. Sebab ketentuan tema ni relate dengan keseluruhan majlis kita tu nanti. Dengan warna pelamin nye, baju nye, doorgift nye, decoration nye lagi. Kalau takde tema nak menempah pun macam blur 24 jam!

So tujuan aku ni mane la tahu dapat idea-idea bernas dan havoc haha (penuh harapan betol)

Tema yang kemungkinan aku akan pilih 
  • Rainbow Theme (warna warni)
  • Fairyland Theme (bak kayangan : mejority putih)
  • Pink combine with gold or yellow
  • Boleh jadi juga semua soft colour or pastle


1: Rainbow Theme

Yang ni kira pilihan pertama dan utama sejak azali lagi (setahun lalu.haha) Sebab apa aku pilih tema ni? Sebab nye kan aku rasa lah kan, bila kita buat tema campur cenggini ia lebih memudahkan untuk urus hal-hal deco n outfit family tu nanti. Macam tak mengikat sangat. Family boleh pakai warna apa diorang suka. deco ke doorgift ke tak payah nak pikir banyak. Beli je warna apa yang kita mahu. Tak gitu? Haha ni bagi aku la kan. 

Lagi pun sebelum ni aku ada terjumpa satu page ni. Memang awsome gilers! Tu jadi macam "ha rasanya ok kot". Terus bila sedara mara, rakan taulan tanya straight jawab dengan confident nye tapi feedback diorang ingat aku main-main. Errrr sabo je lah -_-"

Pakcik/makcik: "Ina, tema nanti warna apa?"
Aku: "warna warni"

Akak ipar: "ina, dah pikir tak tema nanti warna apa?"
Aku: "warna warni"

Rakan dan taulan: "kau punya tema apa nanti weh?"
Aku: "aku nak buat warna warni je nanti"

Dan feedback diorang semua nak gelak-gelak. hrm. Tak paham taw.

Cer la korang tengok gambar bawah ni. Ok kan? Kalau nak tengok lebih lagi boleh terus pegi dekat page FB dia taw ;) Tapi kalau aku buat tema ni takde lah baju aku pun warna warni. Nanti jadi tak dapat beza pulak mana pengantin mana tetamu haha. Aku akan pakai "Putih"


credit to: 


contoh pelamin 

2: FairyLand Theme

Fairyland la sangat kat. Haha. Yang ni kira pilihan utama jugak. Sebenarnye boleh je gabung dengan Rainbow theme tadi. Sebab nye kan.... Tema yang ini mejority berlatar belakang kan putih. Bak kayangan gituuu, hehe. Aku ni boleh dikatakan pencinta putih sejak dua menjak ni, rasa macam lapang dan suci je.haha. Tapi takde lah semua putih, akan combine dengan dua atau tiga warna lembut yang lain. Kalau tema warna warni tu warna dia macam ade keras sikit. 

Contoh lah kan...

Macam pelamin pemblogger : irine
campur dengan warna pink ala purple



combine dengan pink, kuning dan biru
tapi mejority putih







3: Pink

Perempuan dan pink sukar di pisahkan. Suka sangat denga soft pink. Kawan aku cakap aku sesuai pakai pink, nampak seri. kahkah. So terus macam confident nikah nanti nak pakai baju warna pink. and tema pun macam kena wajib nak ade pink-pink sikit. Terus alpa dengan pujian -_-"
Kemungkinan untuk bertema kan pink pun akan berlaku. Aish lagi-lagi pink combine with off white. Lama-lama pengsan.haha.


Sweet sangat!

Yang kat bawah ni baju pink untuk nikah. Tapi tak tau nak pilih design apa. Pink tetap pink. Ni konfim taknak tukar dah.haha. Yang pasal ni next entry in syaAllah kita bincang dan mengkonfiuskan diri sendiri haha.




Ok rasa tu je la kot. Apa-apa pun keputusan nanti apa yang terjadi time majlis. Itu lah dia....
Doa kan aku supaya dipermudahkan segala urusan, Sentiasa sihat dan Di murah kan rezeki taw :)

Assalamualaikum.

Wednesday, January 1

WELCOME 2 0 1 4

Haiiii Assalamualaikum

Sekejap beno rasanya dah masuk tahun baru. Hujung bulan 11 lagi aku dah mula buat entri ni sebenarnya bhaha. Eksaited taw. Tapi publish bulan 2 --" Maafin aku dong.

Ok sekarang dah tahun baru. Ada azam baru ke? Rasanya azam yang lepas lepas pun terhutang lagi -_-" Apa azam aku tahun lepas pun aku tak ingat. Teruk aku ni. 

Aku tak penah letakkan azam apa apa bila tahun baru. Tapi setiap kali tahun baru ada semangat yang baru muncul dalam hati ni. Macam "shine bright like a diomand". Azam tu hanya dalam kepala je: Nak tu, nak nak jadi macam tu, nak buat macam tu jugak ! Macam tu la cara aku berazam. Ni hanya azam yang random je. Azam pun ada jenis ek haha. 

Tapi bila masuk je 26 JANUARI azam yang khusus aku letakkan. Tahun ni 21, rasanya lagi besar kot azam aku. Lagi-lagi tahun ni aku dapat kakak ipar, family maybe dah lain sikit. Tak tahu la macam mana, tengokk je laaaaa.

#ThrowBack

Bila kenang balik kenangan/azam tahun 2013. Rasanya macam baru 44 hari lepas je berlaku. Aik pelik macam mana boleh masuk 2014 ni. Macam mana ek? Ha jangan dipersoalkan lagi.Tu lah namanya Kuasa Tuhan :') Bersyukur masih di beri nafas.

Menjelang umur 20 tahun. Aku berhijrah. Hijrah ke arah lebih muslimah. Bertudung tutup dada dan bahu. Berhandsocks dan berstokin. Rasa tak tenang sebelum ni, menjadi tenang bila aku berjaya kuat kan diri sendiri untuk berubah menjadi most better :') Boleh baca SINI dan SINI

Dan rasanya birthday pada tahun tersebut paling meriah lah. Dengan sambutan daripada kengkawan. 2 kali aku di sambut dengan 2 kelompok kawan. Pertama housemate dan yang keduanya classmate, Ya Allah seronok rasanya dapat kawan yang baik macam ni. Muah satu kali haha. Anugerah Allah ini akan aku jaga seeloknya, In Shaa Allah. Boleh baca dan tengok gambar kat SINI :) Tahun ni tak tau la apa jadi kan. I dont expect more, ceewaah :D Tapi dah ada perancangan dah nak sambut secara pukal kahkah.

HAPPY NEW YEAR
2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...