Assalamualaikum readers
Kali ni dapat la update entry, sementara kelapangan takde buat ape, goyang-goyang kaki atas katil ni haha! Baik aku memenuhkan segala apa yang ade dalam blog yang tak berapa nak ade takde ni. kikiki.
Sekarang ni tengah fening tema/colour apa yang aku nak buat time wedding nanti. Bila da buat pilihan nampak yang lain je
"eh ni macam cantik je"
"lawo jugak ek kalau tema warna ni"
Fuhhh pasal tema je da serabut. Yelah takde tema warna tak jalan lah benda-benda lain. Sebab ketentuan tema ni relate dengan keseluruhan majlis kita tu nanti. Dengan warna pelamin nye, baju nye, doorgift nye, decoration nye lagi. Kalau takde tema nak menempah pun macam blur 24 jam!
So tujuan aku ni mane la tahu dapat idea-idea bernas dan havoc haha (penuh harapan betol)
Tema yang kemungkinan aku akan pilih
- Rainbow Theme (warna warni)
- Fairyland Theme (bak kayangan : mejority putih)
- Pink combine with gold or yellow
- Boleh jadi juga semua soft colour or pastle
1: Rainbow Theme
Yang ni kira pilihan pertama dan utama sejak azali lagi (setahun lalu.haha) Sebab apa aku pilih tema ni? Sebab nye kan aku rasa lah kan, bila kita buat tema campur cenggini ia lebih memudahkan untuk urus hal-hal deco n outfit family tu nanti. Macam tak mengikat sangat. Family boleh pakai warna apa diorang suka. deco ke doorgift ke tak payah nak pikir banyak. Beli je warna apa yang kita mahu. Tak gitu? Haha ni bagi aku la kan.
Lagi pun sebelum ni aku ada terjumpa satu page ni. Memang awsome gilers! Tu jadi macam "ha rasanya ok kot". Terus bila sedara mara, rakan taulan tanya straight jawab dengan confident nye tapi feedback diorang ingat aku main-main. Errrr sabo je lah -_-"
Pakcik/makcik: "Ina, tema nanti warna apa?"
Aku: "warna warni"
Akak ipar: "ina, dah pikir tak tema nanti warna apa?"
Aku: "warna warni"
Rakan dan taulan: "kau punya tema apa nanti weh?"
Aku: "aku nak buat warna warni je nanti"
Dan feedback diorang semua nak gelak-gelak. hrm. Tak paham taw.
Cer la korang tengok gambar bawah ni. Ok kan? Kalau nak tengok lebih lagi boleh terus pegi dekat page FB dia taw ;) Tapi kalau aku buat tema ni takde lah baju aku pun warna warni. Nanti jadi tak dapat beza pulak mana pengantin mana tetamu haha. Aku akan pakai "Putih"
credit to:
contoh pelamin
2: FairyLand Theme
Fairyland la sangat kat. Haha. Yang ni kira pilihan utama jugak. Sebenarnye boleh je gabung dengan Rainbow theme tadi. Sebab nye kan.... Tema yang ini mejority berlatar belakang kan putih. Bak kayangan gituuu, hehe. Aku ni boleh dikatakan pencinta putih sejak dua menjak ni, rasa macam lapang dan suci je.haha. Tapi takde lah semua putih, akan combine dengan dua atau tiga warna lembut yang lain. Kalau tema warna warni tu warna dia macam ade keras sikit.
Contoh lah kan...
Macam pelamin pemblogger : irine
campur dengan warna pink ala purple
combine dengan pink, kuning dan biru
tapi mejority putih
3: Pink
Perempuan dan pink sukar di pisahkan. Suka sangat denga soft pink. Kawan aku cakap aku sesuai pakai pink, nampak seri. kahkah. So terus macam confident nikah nanti nak pakai baju warna pink. and tema pun macam kena wajib nak ade pink-pink sikit. Terus alpa dengan pujian -_-"
Kemungkinan untuk bertema kan pink pun akan berlaku. Aish lagi-lagi pink combine with off white. Lama-lama pengsan.haha.
Sweet sangat!
Yang kat bawah ni baju pink untuk nikah. Tapi tak tau nak pilih design apa. Pink tetap pink. Ni konfim taknak tukar dah.haha. Yang pasal ni next entry in syaAllah kita bincang dan mengkonfiuskan diri sendiri haha.
Ok rasa tu je la kot. Apa-apa pun keputusan nanti apa yang terjadi time majlis. Itu lah dia....
Doa kan aku supaya dipermudahkan segala urusan, Sentiasa sihat dan Di murah kan rezeki taw :)
Assalamualaikum.
2 comments:
Tengah prepare wedding ke?
Tahniah! dah nak kawen.. :)
Insyaallah, macam tu lah nampak gaye nye hehe.
Prepare sikit-sikit je dulu.
Post a Comment