Assalamualaikum! Salam Ramdhan..
nampak tak ke-ayuan ku :p |
ceh ceh.. gambar tak menahan (tahan gelak). Doa olok-olok je haha. Takde keje tengah sibuk berdoa ada orang nak amik kan gambo. Memang tak ar kan. Ok, tengok tajuk dah tau. Ni merepek-merepek je. Sebenarnya tak tahu nak cerita pasal apa. Tak boleh tengok blog ni sepi tanpa berita.
Ok sekarang dah dapat cerita. Cerita nya sekarang aku kat rumah. Balik secara tiba-tiba dan mengejut. Kerana? Sebab ayah lah suruh balik. Rindu kot hehe. Memang dah plan dah, cuti raya nanti baru nak balik. Kiranya penghujung ramadhan la baru nak berpuasa sama-sama dengan family hikhik. Tapi allah tahu isi hati sebenar hambanya ni. Sapa tak rindu mak ayah. Sape je ha? Allah tahu, tu lah Allah permudahkan. Kemungkinan la.
Sebagai seorang pelajar, apa je juadah berbuka yang biasa aku makan? Sahur pulak macam mana? Ha sapa pelajar tu dia tahu la, agak mencabar jugak la puasa kami tu. Bersahur, kami masak sendiri. masak simple simple je, janji boleh makan. Zaman sekarang ni pun banyak sangat makanan dalam tin. Ha tu la pilihan utama kami :p Janji perot kenyang n ada benda nak makan. Daripada takde kan? Bersyukur lah :) Buka pula kitorang beli, di cafe atau kedai mak (makcik yg meniaga dlm kawasan rumsis).
Puasa pertama haritu tak tau apa nak makan. Ingat nak buka puasa dengan masjid, konon la kan. Tapi tiba-tiba ada orang datang pulang jual bubur daging. eh eh teringin pulak rasanya. So cancel aktiviti berbuka di masjid haha. Lepas tu terajin pulak, kitorang otter balik bubur tu, tambah tu la, ini lah. Memang marvelous kau haha. Tak rasa macam bubur mc'd pulak kan.. Choii.. Lepas makan pegi terawih, jalan bukan main lembap lagi haha. Tu makan dia makan sampai perot full, nak berterawih pun mengah.
Semua ni pengalaman manis bagi kitorang. Lagi pun ni puasa terakhir kami di bumi kuim. Lepas ni insyaAllah dah buat hal masing-masing. Tinggal lah junior dekat rumah tu. Tak sangka rasanya dah nak habis! >_<
Semoga ramdhan kali ni lebih indah dan bermakna untuk kita. Ku mengharap kan ramadhan kali ini penuh makna~ Kalau harap je tapi tak usaha nak buatpe kan? Dah dah jangan nak berharap lagi, mula kan sekarang! Rebut peluang keemasan ni. Setahun 30 hari je dapat peluang ni (kadang2 tak cukup 30 hari kan) tu pun tak confirm lagi tahun depan kita dapat merasa ke tidak, kan :')
Renung renung kan lah~ Assalamualaikum.
1 comment:
cewahh.perenggan last tu ade unsur2 lgu manbai.hehe
Post a Comment