Hai assalamualaikum..
Nampak tak aku da jarang update cerita? Muncul-muncul je, terus bagi petua kecantikan.. ha nampak beno takde idea kan hahaha. Tah pape je.
Alamaklumlah, nak raya ni semua org nak melawa ye dak...
Jadi ni lah cara yg paling best plus free lagi hehe. jom kte amalkan!!
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan
gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu
hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan
ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan
gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil
itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi
ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada
hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam
kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat
Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam
hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap
pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda
daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang
sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian
minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda
daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah.
Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari
kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun.
Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air
embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat
serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu
air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya
terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang.
InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada
air telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas
bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari
telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya
ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum
mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari
atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh
diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah
berseri dan awet muda
semua petua awet muda ini dikongsikan dari laman mirlme.com
No comments:
Post a Comment