Hai Assalamualaikum para bakal perantin. Hikhik.
Ok, aku nak share banyak sangat tips utk korang semua, yang dah ada bau bau nasi minyak tuu anda di WAJIBKAN untuk baca.
Entri ni amat panjang sikit, tapi untuk yang betul betul da buat perancangan untuk berkahwin tu, anda harus rajin baca ni semua taw, amat amat membantu. Semua ni aku dapat daripada :
- Facebook: StudioShagrasyiid
- Web: http://www.shagrasyiid.com/
Photographer ni kata boleh share kalau nak, so apa lagi tanpa malu malu pun terus hamik kauu :D
Tips for Typical Malaysian Malay Wedding from a Photographer
perspective
As per title “Tips for typical Malaysian Malay
Wedding from a Photographer perspective”. Rujukan ini dibuat untuk membantu
jurugambar/official photographer (OP) mendapat shot yang
lebih best dan natural serta sedikit tips sampingan. Khasnya untuk keluarga
yang pertama kali mengadakan majlis/kenduri tersebut, pasti ada suara makcik
sana, pakcik sini menyuruh itu, begitu, begini tak betul, dan macam2 lagi yang
kadang2 membuatkan suasana jadi awkward, keliru. Dengan adanya
rujukan ini, harapnya plan pengantin/keluarga akan lebih
teratur dan selesa.
Tips untuk Perancangan Majlis.
1. Berikan ahli keluarga anda button badge atau
sekurang-kurangnya reben untuk dipakai, jadi OP akan dapat betul2 pasti
siapakah secondary target yang harus diberi perhatian selain
daripada pasangan pengantin itu sendiri semestinya sebagai main
target pada hari itu. / Lebih elok juga, jika mereka memakai
pakaian dengan warna tema yang sama.
2. Warna tema/utama atau secondary paling
sesuai/ selamat/ elegan: Putih
Backdrop putih : Glowing light dari belakang
pengantin akan lebih cantik
Alas meja putih : Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.
Payung putih : Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebihsoft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikit la muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.
Alas meja putih : Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.
Payung putih : Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebihsoft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikit la muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.
3. Warna-warna lain yang sedap mata memandang: Warna
pastel, tidak berkilat. Dinding rumah atau langsir dengan warna2
pastel memberikan impak luas pada mata, kalau merah pekat ke biru gelap ke
rumah nampak sempit je nanti.
4. Hantaran : Janganlah suruh makcik simpan
henfon tu, kamera tu, cincin tu, kalau jenis nikah di masjid yang masa terhad,
OP tak sempat nak mintak2 “mana kamera ni, kotak je.. Mana henfon, ni sarung
je..” Nanti kalau takde gambar, OP la yang kena.. padahal makcik awak yang
simpan takut nak letak takut kena curi katanya..
5. Bunga telur depan pelamin : nanti masa
bergambar dengan keluarga mesti ada yang tersepak, terduduk.. pada aku bunga
telur depan pelamin dah tak perlu lagi.. / tak payah nak bagi tetamu bunga
telur tu lepas salam pengantin, SELALUNYA OP akan ter-miss gambar
bersalamn yang sebelah tu sebab yang depan OP ni sibuk nak hulur2 bunga telur..
bunga telur tu masa diorang makan kan boleh bagi juga.. pendapat peribadi
jela..
6. Guestbook : Elok juga kalau ada, anda
tahu la sapa yang datang ke tak datang ke nanti. Nanti masa dah tua2 nanti,
boleh selak2 guestbook ni. Boleh la refresh sikit baca wish kawan2
dalam tu yang apa-apa entah diorang tulis masa muda2 dulu. Guestbook mahal
atau murah tak penting, asalkan ada.
7. Hari untuk mengadakan majlis : Sabtu pada awal
bulan. Sebab tetamu yang jauh tak risau untuk datang, esok penat kena
kerja, etc. Umumnya, esok hari hari Ahad, boleh rehat, jadi tiada alasan untuk
tidak hadir. Dan buat pada awal bulan sebab kebanyakannya sudah bergaji, jadi
lebih la sikit hadiah yang anda dapat (harapan lol)
8. Nikah pagi atau malam? Rasanya lagi best kalau
buat majlis nikah berasingan dengan hari sanding. Nanti takut penat sangat
start A Z sehari je.Maybe elok Nikah Jumaat petang atau
malam, then reception sabtu esoknya.
9. Nikah di rumah atau dewan/masjid? Kalau
rumah sempit, buatlah di masjid/surau/dewan. OP perlukan ruang untuk
mendapatkan shot2 kreatif. Tak sesuai lah nak melangkah2 tetamu. Pengantin ni
kalau boleh gambar dia nak dari semua angle kan? Kalau tempat
sempit macam mana OP nak bergerak? Sekiranya tiada pilihan, buatlah saja di
rumah tiada masalah. Mungkin boleh kurangkan sedikit bilangan jemputan tetamu
masa nikah, masa sanding esok kan boleh datang lagi kan?
10. Gambar masa bersiap. – Sejujurnya, fasa
mula2 masa bermekap tu tiada cantiknya. Calit sana sini. Kalau snap pun
hanya untuk rekod saja “inilah muka anda kalau tak mekap”. Jadi harapnya
janganlah expect OP akanshoot gambar anda dari A to Z masa anda
mekap. Lagi lama coverage hoursOP, lagi banyak anda kena keluar kos
kan?
11. Portrait session – percayalah pada OP anda.
Diorang lebih banyak kali keluar dengan pengantin berbanding korang. Jadi
mereka lebih tahu lokasi apa yang sesuai dan match dengan warna baju. Tak
semestinya Putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaa je… tempat yang simple depan
rumah pun kadang2 cantik, tak perlu nak pergi taman jogging yang
45km dari dewan majlis..
12. Subjek dan environment memainkan
peranan penting untuk gambar kelihatan cantik. Bukan sebab OP tak tau amik
gambar.. Jangan mengharap gambar kereta kancil nak nampak macam Audi A5 siap
ada lampu LED tiba2 dalam kamera. Begitulah perumpamaannya, sudi2lah memahami…
Tips untuk Majlis Nikah.
1. Nikah : Kalau jurunikah tanya nak test dulu,
cakap je ok nak test dulu.. kalau test, so OP ada banyak angle boleh snap.
Lagi2 untuk yang hireseorang OP saja.
2. Sarung cincin di jari manis tangan kiri. (simbolik
bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki
3. Cium dahi, cium pipi, blablabla… buat saja ikut cakap
makcik/pakcik.. bagi chance diorang snap gambar.
Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan. OP boleh redo semula
action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang
menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.
4. TISU : Letak tepi, bukan genggam 24jam.
Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada
tisu. Tau la touching.. letak tepi je, nak lap pakai amik letak
balik.
5. Bersalaman/laga pipi : tak perlu herotkan
mulut, muncungkan mulut.SENYUM sahaja. Lebih cantik.
Tips Untuk Reception.
(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa : 11am >5pm)
1. Aturcara secara umum : Berkumpul > berarak
ke pelamin > salam restu > makan > potong kek > bergambar dengan
keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu >
bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi portrait
2. Kedudukan : Bersanding atau berjalan menuju ke pentas
pelamin – Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri. ( simbolik
perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki)
3. Tangan kanan pengantin perempuan memegang/memaut tangan
lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.
4. Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau
kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.
5. Kalau ada flower girl, seelok2nya
mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan tengah, so OP akan dapat shot
muka pengantin. Tetamu/OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja.
6. Semasa sesi renjis/salam di atas pelamin, pengapit
kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi
ruang pada OP. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun,
sambung kipas semula. (selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi
untuk mendapat shot yang menampakkan kedua2 muka tetamu dan pengantin
dalam satu shot.)
7. Gambar bersuap. – Jangan risau. Gambar
suap menganga takde yang cantiknya. Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam
kabut suruh suap2 dan jerit2 kat OP. Suap je depan2 dia bagi dia puas hati.
Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti. Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap
tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu moment yang
agak tak berapa sopan. Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan
untuk mengambil gambar ketika acara makan?
8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih. Berbual
la lama sikit… tanya la dah makan ke (padahal kau dah nampak dia
tengah makan kan?), dah lama ke sampai, keja mana sekarang, anak dah
berapa, kau bawak hadiah tak harini (eh?!) ini sebenarnya untuk memberi moment beberapa
saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural.
Then pengantin ajakla diorang bergambar (kalau da abes makan) sekeping dua, kat
mana2 pun takpe tepi meja makan tu boleh je kalau pelamin jauh sangat, janji
ada gambar.
CREDIT to : http://www.shagrasyiid.com/
No comments:
Post a Comment