Wednesday, May 8

ENTRI UNTUK PEMBLOGGER (WAJIB!)

Assalamualaikum u'olls. Terima kasih sudi baca entri ni.
Jasamu amat di hargai. i'olls terharu sobss.
Sebelum tu, isi quiz dari nuffnang di sebelah kanan anda. Buat research sikit.
Terima kasih sekali lagi :)
Tujuan entri ni adalah untuk membincangkan adab sesama blogger. Tak kira lah blogger lama or baru. Yang banyak follower atau tidak. Berapa hari lalu sy ada join segmen. Alhamdulillah dengan segmen sebegitu kita dapat kenal lagi ramai pemblogger di luar sana. Dan syukur follower makin bertambah dari ke hari.

Tapi.. (siap ada tapi gituu)



Haih jangan serious sangat membaca tu. Relax relax hehe. Sepanjang sy ber-blogwalking. Macam biasa lah banyak ragam yang dahku temui. Yang baik budi bahasa nya. Yang ramah mesra. Tak kurang juga ada yg err macam 'berlagak'? or 'sombong'? mungkin.

Yang sudah tentu tentu lagi, setiap kali kita ber-blogwalking, benda pertama dalam pikiran kita apa? Tak sabar nak tengok blog si dia tu cantik or tak. Kan kan kan, same goes to me :p Memang SubhanaAllah, cantik cantik, cute cute, smart smart semuanya. Kalau nak bandingkan dengan blog den ni, mmg old school lah, ketinggalan zaman. Yelah, kite ni tak pandai nak mengedit bagai ni. (kalau ada yang nak sponser buatkan, besar hati terima) Eh? hehe. Memang teringin sgt nak ada blog macam korang semua. Kebanyakan trend sekarang blog memang berwarna pastel kan? Sangat sangat simple. Sejuk sangat mata yang rabun ni memandang.. 

Tahniah, satu bonus untuk ada yang memiliki dan bijak men-create kan blog sendiri ^_^

Apa yang sy nak sampai kan sini sebenarnye ialah (sebenarnya takut takut je nak tegur ni, tapi menaip tutup mata je) Nak marah marah lah, sy tak kisah kalau ia nye benar kesilapan sy.

Ermm apa kata kita tunjukkan lah yang positif bila coment atau meminta jasa (biasanya minta follow/singgah blk). Apa salah nye berbahasa, kita nak minta tolong kan. Macam terpaksa or memaksa pula bunyinye bila hilang sifat berbahasa masa meminta jasa baik org tuu. Ikhlas lah dalam melaksanakan sesuatu, kan lebih mesra alam gituu bunyinye kan. 

Sesungguhnya sy tiada niat pun untuk membuka aib atau mencetuskan pergaduhan di sini. Sekadar menegur, supaya kita sedar betapa pentingnya n betapa besarnya kesan komunikasi ni dalam kehidupan seharian. Maaf kalau ada yang terasa. Kalau rasa malas nak berbahasa letak smiley yang cute miut pun tak ape. Sejuk mata ni ha hewhew. Memang terlalu banyak yang bersikap 'malas lah nak comment panjang panjang' tak harap pun mengayat panjang, cuma cara tu salah. Sy dah kena, ada yang macam kurang ajar pun ada. Rasa macam "eh dia ni, boleh cakap mcm ni dengan aku, sabo je lah" rasa annoying sangat dengan orang macam ni. Sape pernah kena? Sep sep ! Hehe.

Tuntasnya..

Ubah lah mindset mu wahai para pemblogger pemblogger yang dihormati sekalian. Yang dah lama sangat berkecimpung dalam dunia blogger ni. Bantu lah yang baru nak belajar macam sy ni. Ambil galah tolong tunjukkan, cewaah hoho. Boleh tegur, tak kisah pun. Macam pengalaman sy dulu, ada senior ni tegur suruh buang kan word vertification dekat bahagian komen. sy tahu ia menyusahkan untuk orh nak komen, tapi sy tak tahu pun sy punya blog ada bendalah tu.. Hehe maluu je, terus buangkan. Terima kasih kerana menegur. Kalau tak tegur mesti sampai sekarang korang kena melayan kerenah benda tu untuk komen blog ni kan. Muahaha.

Ok lah, sampai sini je. Harap tiada yang berkecil hati. Terima kasih, teruskan support. Assalamualaikum..

HA DAH ISI QUIZ YANG ADA DI SEBELAH KANAN ANDA NI? KALAU BELUM MINTA JASA BAIK AWAK AWAK SEMUA TOLONG ISIKAN YE. HEHE NANTI BAGI COKI COKI :P

1 comment:

Iedya Abdullah said...

awak di tag oleh saya..jom! hehe

http://iedyaabdullah.blogspot.com/2013/05/doodle-muslimah-by-rien-rose.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...