Tuesday, May 28

Blog, Twitter, Facebook salah satu medan dakwah.

Assalamualaikum readers!

Pejam celik dah nak masuk bulan Jun. Kejap bangat sih. Cuti sem pun tinggal berapa hari lagi, 9 Jun dah masuk balik, tahun terakhir! Wuwuwu~ Sebelum masuk sem ke-5 ni. Seharusnya kena hadap result pulak. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Doa kan saya *tiba tiba sopan pulak

Dah mula tak sabar sabar nak check-in rumsis balik, jumpa housemate, lepak lepak, makan ramai ramai, bertekak tekak manja. Ouh really excited meh! Tapi tak boleh blah nak mengemas barang and rumah yang sudah tentu berhabuk gilerrr tu. Berkemas bagai nak raya kata orang hehe. Nanti adalah yang buat hal malas tuu. Tolong jangan mulakan perangai syaitan tu yeee.



Kita masuk kepada tajuk ok. Jalan mudah untuk buat pahala. Untuk berdakwah. Adalah dengan post perkara perkara baik, ilmu ilmu yang bermanfaat serta tidak menimbulkan sebarang fitnah. Haa tengok Ustaz Don cakap ape? "teruskan post benda baik. InsyaAllah Allah suka". 

Jalan yang begitu mudah nak buat pahala. Jangan sia-sia kan wahai bloggers, facebookers & twitterians. InsyaAllah, pahala berterusan. Jangan sebarkan fitnah atu benda yang tak pasti, gosip masip mak jemah. Tolong jauh kan, bakal mengundang dosa berterusan. Takut kan? 

Yup aku sendiri akan ambil artikal yang mendatangkan manfaat je, baca benda bermanfaat je, share benda yang pasti sahaja. Gosip artis, politik, kabur kabur muka. Hah malas nak ambil port. Hal sendiri pun aku malas nak cerita. Yelah mungkin social networks ni memang untuk personal kita, tapi orang lain tetap boleh jaga tepi kain kita. Sebab internet mudah tersebar ! Cepat sangat macam kilat.

Kita post status di FB, pap pap pap like dari orang lain. Kadang kadang takut nak post benda tak berfaedah. Takot takot membawa keburukan. Nauzubillah.. 

Tu la sebab nye aku jarang cerita pasal diri sendiri, tepek gambar sana sini. Tak nak menagih pujian atu pun membuka ruang kutukan. Hati aku mudah tersentap, nanti terus down nak deactive. Bahaha. Itu alasan aku lah ye. Sebab pernah jadi pada aku. Yelah kita sekadar suka suka. Kadang terdetik nak buat sesuatu, ikut orang buat itu ini. Contonya : Aku pernah masukkan gambar berpurdah. Ada kata semangat, ada kutukan. Ergh tak sanggup rasanya. Terus stop buat keje giler tuu. So sekarang dekat fb aku tak letak pic sendiri, hanya doodle semata. Takde pulak orang nak kutuk? Haha. 

Susah nak puaskan hati semua orang kan? 



Terima kasih sudi baca. Apa apa pandangan, tersilap or apa apa. Berbesar hati terima teguran itu ;)

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

yup true...if you don't have anything nice to say... remain silence... *_^

Miss E said...

diam lebih baik kan daripada bercakap perkara yang tak berfaedah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...