Thursday, May 2

BAKAL BERKAHWIN PADA USIA MUDA :)

Bismillah. Assalamualaikum ladies.

Kenapa tak nak kahwin awal. Takut dengan kahwin awal itu macam-macam perkara yang tak tercapai akal akan terjadi pada masa depan diri. Rela couple sampai terluka hati. Rela couple sampai buang bayi. Padahal Allah janjikan dengan ketenangan dan rezeki serta anak pinak dari cara yang halal.


Hari ahad lepas aku pegi borong buku dengan Mak and adik. Demi untuk menghabiskan baucer buku yang tinggal 100 tu. kena habiskan cepat-cepat juga sebab 1 Mei expired sudah. Lantas dengan pantas nya kena habiskan. Aku beli buku dekat MPH. Rambang mata kau aku di buatnye! Sabo je lah. 

Aku pilih 2 buku je. Andainya Engkau Tahu: Bimbing lah Diri mu Dengan Zikir dan Doa dan satu lagi Kahwin Pada Usia Muda. Dan yang selebihnya diorang punya. Total buku 9 buah naskah buku. Wheeew!
Cuti ni, ada juga benda nak di baca kan. Buku yang kedua tu agak tertarik sikit. Tengok tajuk sweet je. Sekali baca sinopsis belakang. Lagi lah sweet, macam ada kena mengena je. Terus grab. Dah khatam dah pun :p

Sebenarnya tujuan hari ni nak promote sikit pasal buku Kahwin Pada Usia Muda ni lah. Harga Rm 18, dan amat berbaloi-baloi. Kisah dalam tu ssemua menarik dan banyakk sangat. Jangan risau tak terhad pada sape sape pu. It's general knowledge. Yang nak berkahwin pada usia muda (memahami dengan lebih dalam), yang dah berkahwin (untuk tingkatkan ilmu / perbaiki diri), yang janda/duda, andartu/bujang terlajak pun boleh.

Hehehehehe~

Plastik pun tak koyak lagi. sayang :( sebab tahu buku ni istimewa sangat sampai wipe dengan wheat tissue. Wangi! (macam despreat sgt dah)

Fuad Hj. Sam penulis buku ni. Isi die secantik dan sekacak dia punya cover. Ramai kata "Dont judge a book by its cover" tapi buku ni cantik luar dan dalam :) buku ni die lebih menekan kan pada kahwin awal. Dia menggalakkan dan buku ni adalah sangat sangat positif. Penulis sendiri kahwin pada usia muda, seawal 21 tahun, masa tu beliau tengah menuntut. Bayangkan lah macam mana keadaan dia, dan kenapa dia pilih untuk berkahwin seawal usia tu.

Nak tahu?

Baca sendiri!

Lagi satu sebab kenapa aku pilih buku ni adalaaah. Aku dah berniat nak kahwin muda. Kalau boleh seawal 20 tahun ! (gatai) bukan gatal, tapi dengan berkahwin awal kan boleh menghindarkan diri kita daripada mendekati zina dan terus melakukan maksiat. Astaghfirullahalaziim :(

Tapi permasalahannya yang mesti timbul adalah. ibu bapa sukar untuk melepaskan anak mereka sewenangnya untuk berkahwin semuda tu. Mereka ada alasan tersendiri. Kena bijak pujuk, kena banyakkan bersabar. Ni lah masalah yang mesti akan timbul, kecuali ia memang kehendak ibu bapa kita sendiri.

Sepanjang umur 20 tahun ni aku tengah sabar memujuk dan menunggu kata putus dari mereka. Takpe kita tengok hasilnya nanti. Heheheheheheh~

kahwin seawal Dena Bahrin. Bahagia dia sekarang lagi lagi dah dapat baby!

kahwin seawal Irine Nadia. Tengah menunggu kelahiran baby tak berapa bulan lagi!

 firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Rasulullah menguatkan janji allah itu dengan sabdanya yang bermaksud:

"ada 3 golongan manusia yang berhak ALLAH tolong mereka iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya"

InsyaAllah dengan berkat kesabaran, akan ada hasilnya yang setimpal. Allah Maha Mengetahui setiap masa hadapan hambanya yang mana terbaik :)

Wallahualam~

Doakan aku ye. Terima kasih. Bye! Assalamualaikum..........

2 comments:

nae nematoda said...

khawin awal , banyak dugaan tapi banyak juga hikmah akan dapat..insha Allah , semoga dapat khawin awal ;)

Miss E said...

terima kasih hehe. semua ni dah ketetapan Allah. kita hanya merancang and berusaha je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...