Alhamdulillah akhirnya tamat juga semester kali ni. Terasa macam kejap je masa bergerak. Padahal nak melalui tu berat sangat, lama sangat, banyak sangat dugaan datang. Lagi-lagi time exam final. Ya allah hanya tuhan je tahu betapa perit nya.
Sem ni la dah start buat individual assignment. Agak mengejut sikit otak ni. Sebab kena perah sdn bhd. Hasil nya? Macam tu lah labu~ Hahaha. Alhamdulillah dengan tulang keringat yang ada ni. Dapat la siap kan beberapa assignment dengan jayanya ahak ahak ahak. Buruk betol gelak macam ni lah. Tu yang aku jarang beno nak balik rumah, sebulan sekali je tahu. Walau pun hanya sejam jarak antara rumah dan kolej. Sobss sadis sangat. Ni baru dalam melaka. Kalau luar melaka mau tak 2 bulan sekali? Nasib lah~
Pejam celik pejam celik juga dah nak masuk tahun akhir pengajian. Dah nak praktikal. Macam tak ready lagi je nak masuk alam pekerjaan. Ni nak cari tempat praktikal lagi satu hal. Eish buntu kepala ni. Praktikal nak juga dengan kawan-kawan. Baru la syok bekerja. Da biasa 24 jam 7 hari tengok muka diorang. Dah jadi sebati nak buat kerja apa-apa semua nak sama-sama. Kalau tak mati kutu, mati hidup semula pun ada rasanya. Ihiks lebih sudah.
Rasa tak percaya je aku boleh go through semua ni.
Tak sangka aku mampu walaupun pernah tersungkur jatuh.
Tak sangka aku tetap gagah bangun dan terus berjalan hingga kini.
Tak sangka dah nak habis (setahun lagi)
Tak sangka dah nak konvo (InsyaAllah)
Tak sangka
Tak sangka
Tak sangka
Tak sangka da nak kawin (choi)
Cer teka apekah ini?
Ber-Banananana~ Before final sempat lagi taw!
Cita-cita dulu memang nak kerja bahagian pejabat. Lepastu biasa lah pendirian tak tetap. Tukar nak jadi nurse main inject inject orang pulak. Lepas tu dapat tawaran politeknik kat Penang. Tolak sebab bagi aku terlalu jauh (anak manja ni, mana boleh hehe). Dan bahagian teknikal computer, ICT. Ouh don't say any word, memang tak arr aku nak minat benda-benda macam tu. aku kan feminin hehe.
Lepastu beriya isi borang SPA jadi nurse sepenuh masa. Boleh dapat pulak. Memang Alhamdulillah sangat la waktu tu. Beriya prepare, temuduga. Dan dah duga tak kan dapat. Sebab time interview tu kena paksa speaking. Tah hape aku merapu tah, aku dah la confident level fail. Bukan low lagi, fail terus ahaks. Last-last dapat. Menangis nangis tak nak pegi. Mak pun siap merajuk bagai dengan aku. Aku kalau dah kata hitam hitam la jawapannye, takde nak bertukar jadi hijau ke apa. Takde takde.
So here i am. KUIM juga di hati ku hehe. Setahun je lagi, InsyaAllah. Sikit je lagi. Aku belajar kat sini pun banyak perubahan dalam diri ni, banyak ilmu yang aku dah belajar. Dulu mula-mula masuk walaupun nangis (lagi). Hari-hari call mak nak balik. Setiap malam menangis atas katil. Tapi ada ustaz ni kata, "awak semua adalah orang-orang yang terpilih. Yang di pilih oleh Allah untuk berada di sini" betol kata ustaz tu. Ni la hikmahnya, tak semua orang dapat merasakan peluang dan nikmat ini :') Tapi aku tahu banyak lagi dugaan yang bakal aku hadapi. Tidak semudah yang kita sangka. Kita sebagai hamba Allah memang layak pun di uji. Memang perlu dan memang patut pun. So kena lah redho alwaysss.
Usaha untuk mencapai kejayaan akan melalui banyak cabaran. yang pastinya akan menguji kesabaran. bangkit jika jatuh dek kegagalan kerana pasti ada jalan. Berdoa pada Tuhan
No comments:
Post a Comment