Friday, April 26

cuti yang tidak ketahuan / Gwiyomi

Bismillah. Assalamualaikum.



Sepanjang cuti ni. rajin la sikit aku nak menaip. idea banyak sebab kuat berangan dok rumah ni ha. da tu takde buat apa. menganga je 24/7. macam takde aktiviti lain lagi dah. u such a boring person erna! yes, aku memang membosankan pun. bangun tdo, mandi, makan, lepastu online ke, tengok tv ke. itu aje lah berulang-ulang. kecuali kalau ada nak keluar jalan jalan dengan family. berubah sikit lah rutin hidup aku ni. haha.

Ada lah lebih kurang 45 hari lagi sisa sisa cuti aku. bayangkan lah~ pening kepala ni keboringan. nak cerita perkembangan baru pun tak ada, macam mana ni. lari pembaca aku (pulak dah)
Tak kesah lah kan, sekadar nak bermonolog pada diri sendiri, dan mencatatkan menjadi huruf huruf. ececeh berpuitis sungguh. lagi bagus kalau takde yang membaca. takde lah mengutuk blog tah ape ape aku ni. ihiks.



hari-hari aku blogwalking. tengok pemblogger terkenal. banyak sangat aktiviti yang diorang buat. idea pun melempah nak update cerita sendiri. compare dengan aku? macam hampas aje haha. lagi 1 diorang ni memang jenis berbisnes punya orang, berfesyen sana sini. memang up to date je lah pemakaian diorang. nak berkongsi pun tak malu. menaip siap kembang kembang hidung. mungkin? ahaks. aii bukan ngutuk, tapi agak je.

bilakah aku akan jadi seperti mereka mereka? ouh jangan mimpi. jauh panggang dari api. bagai langit dan bumi. ukur baju di badan sendiri. hehe ada lagi tak nak tambah? cukup cukup la tu :p

GWIYOMI

Ha. pasal gwiyomi ni. ape benda lah aku ingatkan. ala maklumlah. duduk terperuk dekat kolej tu. dengar dengar je. tapi tah apa pun aku tak tau. balik rumah je hari rabu. malam tu jugak aku search pasal gwiyomi. dok kata cute comel lah. nak tahu juga comel mana. adakah setanding aku?

search punya search. confuse kejap depan youtube. yang mana ni original? bengang pulak. merata rata video gwiyomi tu orang buat. yang gedik lain, yang meremang bulu tengkuk aku tengok pun ada. lastly, video ni jugak yang aku terpikat ^_^


di sebabkan dia masih budak budak. so tak heran la. memang gwiyomi pun budak ni hehe. ada bakat main ukelele. sempoi je main ukelele tu. dah besar nanti main gitar pulak ye dik..

Tengok je kalau tak paham tak boleh juga. gaya apakah yang mereka cuba sampaikan? lantas kena la tengok translate untuk lagu ni.

Ouh baru pahemmm. lagu untuk suami mungkin. hehe berbunga-bunga hati sang lelaki bila tengok video yang isteri mereka buat. kan? Ehem ehem, romantik nye~ bila lah aku nak bersuami. Hahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...