Tuesday, February 19

Berubah kerana Allah

Assalamualaikum. Sekian lama menyepi kini ku hadir! Cewahh ayat tak boleh blah kan :p
Hehe rindu tak? Baru sekarang sempat nak update. Maaf, agak busy dan ada beberapa masalah.
Alhamdulillah sekarang ok :)


Aku cuba abaikan orang-orang yang macam ni. Nak buat ape layan. Kita atau dia yang akan tanggung apa yang kita buat. Alhamdulillah aku kuat! :D Sekarang aku banyak muhasabah diri. Perbanyakkan ilmu di dada.

Memang benar orang kata. Kawan melambangkan siapakah kita. Kawan sekeliling mempengaruhi kita. Kalau boleh berkawan la dengan orang yang betol. Yang memberi kita dorongan dan semangat dan bukannya kutukan dan hinaan. Ingat! Di akhirat nanti juga kita akan di soal.

Aku nak berterima kasih  sangat -sangat pada Syima. Kawan serumah. Sebab dah hadiahkan senaskah buku yang memang aku perlukan. Yang sangat-sangat best untuk di baca yang berjudul "Berbahagialah Wahai Wanita". Ada sape sape pernah baca buku ni? Banyak sangat yang aku da dapat sekarang. Yang aku amalkan dan lebih faham tentang hukum hakam agama kita. Persoalan walau sekecil semut, ia memang memerlukan keterangan yang pasti. Jangan ambil mudah ye kawan-kawan.

Dan tak pernah lupa jugak. Al-Quran. Bacalah walau sepotong ayat. Jangan lupa baca sekali maksudnya. Banyak cerita yang tersembunyi. Aku nak kongsi kan satu surah. Kalau kita nak di murahkan rezeki, setiap malam bacalah Surah al-Waqi'ah. InsyaAllah luas pintu rezeki kita. Itu lah yang aku tengah amalkan ^_^

Erm rasanya ni sajalah. Tak tahu apa nak tulis lagi. Hehe. Harap sedikit sebanyak dapat bentu korang semua ye.

Bye-bye ^^ Semoga hidup korang semua akan di rahmati Allah dan di tetapkan iman sentiasa.



1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

In Shaa Allah...Amin... ^_^

Thanks for sharing dear... Pernah juga baca buku Berbahagialah Wahai Wanita tu dulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...