Sunday, January 13

Entri jodoh :)

Assalamualaikum. 

Ni entri pasal jodoh :p Bukan pasal jodoh aku, tapi untuk motivasi diri sendiri. 




Jika aku pilih yang BERHARTA, pasti aku akan ditimpa musibah yang tidak terhingga...
Jika aku pilih kerana PARAS RUPA, pasti aku akan diberi KEHINAAN dari yang Maha Esa...
Jika aku pilih kerana KETURUNAN, belum pasti generasiku TERJAGA dan TERPELIHARA tanpa agama di dada...

Tetapi....
Jika aku pilih kerana AGAMA, sudah pasti aku dapat meraih SYURGA DUNIA bahkan SYURGA ALLAH di sana... Kerana aku tahu, hanya dengan agamalah yang mampu memandu diriku untuk meraih REHDA Illahi, itu JANJI Allah.... ^_^


Duhai Wanita...
Jika telah datang Kepadamu seorang Lelaki yang baik Akhlak Peribadinya..Mengutamakan Allah dalam seluruh perkara.. Selalu Memuliakan Dirimu.. Menjaga segenap Hatimu.. Memelihara dan Melindungi Maruahmu sebagai seorang wanita... Segeralah nyatakan Hasratmu Padanya dalam Redha Illahi...

Wahai Lelaki...
Jika telah hadir Padamu seorang Wanita yang Anggun Sopan Santunnya... Mentaati Allah tanpa berbelah bahagi.. Menghargai dan Memahamimu sebagai seorang Lelaki... Segeralah Padamu Mendekatinya dalam Redha Illahi...



kadang-kadang Allah MENJARAKKAN hubungan kita , 
kemudian Dia datangkan DUGAAN pula , 
puas kita menangis , 
mencari dan merindu orang yang kita sayang , 
rupanya Allah nak menghadiahkan kita rindu yang berpanjangan agar kita tahu erti KESABARAN dan KEBAHAGIAAN ♥ .. :')





Ada airmata dibalik SENYUMAN,
Ada kasih sayang disetiap Amarah.

Ada pengorbanan disetiap KETIDAKPEDULIAN,
Ada harapan dibalik setiap KESAKITAN,
Ada kekecewaan disetiap derai tawa.

kita bukan satu satunya manusia dengan segudang masalah..

TERSENYUMLAH..
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka.

MAAFKANLAH..
Kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit.

Hanya ada ALLAH tempat segalanya bermuara,
KepadaNya kita berserah atas segala pinta.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...