Sunday, November 25

Our Holiday I

Assalamualaikum. Anyonghasayo. Sawadikap.

Lebih kurang 14 hari lagi sisa cuti sem aku ni. Masa di habiskan bersama-sama keluarga tercinta dengan memerap kat rumah tanam anggur dan sebagainya. Hasil nya kenyang perot aku makan anggur sampai termuntah terberak. Perot buncit, badan dah tak berapa ada shape, samar-samar je.. Haha sadis je ceritanya. sobsobsobsss.

Di jadikan cerita dengan secara tak sengaja dan tak langsung terpikir, tiba-tiba aku terpergi bercuti luar dari melaka tapi tetap dalam malaysia. Masih tak mampu nak bercuti di luar kawasan Malaysia sebab terlalu sayangkan negara sendiri. Ahaxx poyo je bunyi nye. Konon nye si dia nak buat suprise, balik melaka hari khamis tak nak bagitahu aku. Tapi dah dapat cam beberapa ayat yang buatkan aku kepelikan sikit. Bunyi nya macam nak balik melaka, tapi bila tanya dia kata tak. So abaikan je lah, buat buat tak tahu hihihi.

Tiba-tiba hari khamis tu lepas zohor je dia da ada kat ruang tamu rumah borak-borak ngan mak. Kan aku dah agak. Patut la sibuk suruh bangun awal, mandi awal Hehe. Then kitorang keluar pegi lunch dekat mitc and tengok movie Twilight Breaking Dawn part II. Memang best. Sangat sangat best. Rasanya lepas ni twilight dah takde da kot. Ending tak tergantung pun and semua nya jelas belaka. Sape tak tengok lagi pegi tengok cepat. Tapi kena make sure yang korang tengok daripada cerita asal ok, takot takot nanti tak paham and dok blur blur je dalam wayang tu Hehe..

Siap tulis kat pesbuk taw, haha. Nak promote punye hal.


Lepas tu kitorang lepak-lepak lah. Borak-borak, yelah lama da tak jumpa. Conversation with Him.

Dia: Syg, mak ajak pegi Genting esok. Nak pegi?
Aku: Erm, tak tau lah. Nanti tanya mak. 

Lepas tu dapat green light dari mak ayah. Happy gila lah :)

Pada hari kejadian- Tak jadi pun pegi Genting tapi pegi Air Terjun Hulu Langat dan i-City. Sekali dua tempat dalam satu hari. Penat sangattt. Tukar plan sebab cuaca tak mengizinkan. Bahaya musim hujan naik atas tu. Pegi air terjun tu pun hujan. Tapi tak kesah walaupun basah, sebab nanti mandi basah jugak Hehe.

Time naik kat air terjun tu memang mendaki habis lah. Larat tak larat je. Nak tercabut peha rasanya. Sape yang dah penah pegi mesti tau kan? Tak nak dah pegi tempat tu. Sagel lagi ok kot. Takde la mendaki sangat.
Aku ni orang nye tak tahan lasak. Memang kalau lasak sikit dah penat, sakit tu ini, nak pitam lah ape lah. Dari kecik tak di ajar agar kekal aktif kot. Ahaxx.


Tadi die p main air, sejuk. Dia naik balik. HAHA.

alamak, seksi pulak :p
model air terjun :D
tahu pun menggigil kan?

Mak and adik die :p

Saya ikan darat yang takut kan air haha


Letih mendaki dan kena hujan :'(
Tak silap sampai pukul 5 lebih baru kami keluar dari tempat ni, sampai pukul berapa tak pasti.. P berjalan dengan bf hp kepam dalam bag je. Takde masa nak pegang :p Berkelah bagai nak rak sebab siap beli durian and rambutan tepi jalan untuk makan kat atas ni Haha.Tapi aku tak makan, tengah tak berapa nak sihat. Perot terlalu sakit, sebab dah masuk angin kot. Makan pun kena paksa. Nak ikot kan hati tak nak je makan. Tapi mengenangkan nak p jalan-jalan. Memang tak seronok lah kan bila pegi melancong, badan tak sihat. Tssk :'(

3 hero. 2 heroin

muka aku sakai sbb tgah sakit perot bangat.
Ada lagi sambungan tunggu nanti...... :p
Thanks for reading.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...