Thursday, May 17

perempuan kene pandai masak?


Assalamualaikum 
Dapat kah anda lihat apa yang sedang dilakukan or dipikirkan oleh gadis di atas? yeah die tengah cari menu untuk masak sat lagi. hahaha. ekceli kan aku nak cerita bout perempuan dengan masak. masak dengan perempuan. perempuan memang wajib pandai or belajar masak ea? Ouh of course la kan. Cetanye mak soalan macam ni, mau tak kene kokak dek kepala ni. tau-tau berjait je mulut. ok, tu sangat la teruk =='

Erm ekceli kan, aku erm aku kan.. Ehem-ehem aku tak pandai masak walaupun umur da 19. Serius teruk sangat ke? haha watever la kan. bagi aku tak de la teruk. lambat lagi pun nak berumah tangga. Semua akan pandai masak kalau ade buku resepi kan? ikot je la ape yang die suruh, jadi punye. deria rase pun elok lagi, kalau tak sedap, sedap kan la ye. 

Sebenarnye aku touching ni. aku memang suka tengok rancangan memasak dekat astro tu. TLC kan? Cake Boss la, Top Chef macam-macam lah. Sedap je tengok dorang masak, senang je. susah kalau limited time lah kan? Ha bout tacing, pehal aku tacing-tacing lak? Erm of course la. ayah aku tu boleh ke cakap kat anak die macam ni "asik tengok rancangan memasak je, masak nye tak jugak" peh gua tacing der, hanya mampu tersenyum je bahaha. 

Sebenarnye bukan tak pandai langsung tau. aku masak time ayah aku kerja. setakat ni yang aku masak spagheti, macaroni n time mak aku sakit ritu aku masakkan sayur untuk die. Ha see see pandai kan? tapi mak aku tacap-tacap ape yang tak kene. yang fully really ohsem maggie la. mak tak de nak tacap-tacap. aku makan sorang je pun. erk? 

Ala sebenarnye aku tak de la worry sangat, sebab ape? sebab kat rumah ni banyak buku resepi. anytime boleh belajar. aku ni jenis orang tak boleh ajar aku. biar aku belajar sendiri. tak suka tak suka, rimas tahu?
Korang nak tau tak cerita yang memalukan?

Cerita memalukan

Aku penah pergi rumah mak my bf tau. then make a desicion untuk masak nasi goreng je, sebab perencah da sedia ada jual dekat kedai runcit. senang sikit kerja aku. aku masak la, ikot cara-cara kat belakang pack tu. ok da siap! mak die rasa peh punye la...... ok tawar ==' sebab? tak de bawang. so mak die pun memberi pesanan "lain kali or lepas ni masak mesti kene tumis bawang tau". erm ye aku senyum :) Ahh dunia aku gelap gelita time ni. haha belajar dari kesilapan, benda simple pun tak boleh jalan. ape pun tak boleh lah.

FYI aku penah jugak masak kat rumah nenek my bf ni. tapi respon positif je yang penting bukan nasi goreng ok. aku masak sup daging. sebab selalu tengok mak masak hehe. Dapat pujian dan senyuman lebar lagi. time ni la dunia aku terang benderang di sinari nur kasih dari dalam lubuk hati yang jauh tersimpan :DD dramatis sungguh ye.

Sebelum ni my bf da bagi tau. die balik nanti die nak rasa masakan special dari aku. tak kesah janji special. peh memang tak la. hope die balik nanti die da lupa. jahat betul aku ni. ala setaun dua lagi nak kawin baru aku belajar, sekarang? belum ade mood lagi. please ea jangan memaksa. benda simple tak payah serabut kan :p

//perempuan memang kene pandai masak. sebab tu la lambang wanita sejati dan isteri solehah. kene jaga makan minum suami kalau tak nak suami lari. suami pun lebih sayang dan hargai isteri macam nie. lelaki refer untuk makan masakan mak diorang dan isteri diorang taw berbanding makanan kat kedai. try la tanya mana-mana lelaki ape makanan fav diorang. mak juga di jadikan pilihan. aku pun.. time dok kolej rindu gila dengan masakan mak. kalau da lama sangat tak balik, kalau mak ayah tak busy suruh diorang masak n hantar kan kat kolej hehe. seronok :D

So korang yang perempuan tu, belajar masak tau! Pada lelaki, anda kene juga pandai masak. mana tau mak or isteri sakit nanti. time tu la kene pandai-pandai jaga diri sendiri. time tu jugak la kite orang pempuan ni nak rasa masakan korang.
Peace!

2 comments:

Mai said...

maii pun tak tahu masak.

Miss E said...

hehe tak pe. maii muda lagi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...