Thursday, May 23

Be soft dear.

Hai, Assalamualikum !

Kenapa lah aku rasa hari ni semacam hari Jumaat je. Mungkin sebab esok dah start cuti kot. Hari Wesak kan? Alah aku hari hari pun cuti, mana ada kerja luar pun hehe. Bajet je busy :p

Tanpa membuang masa. Nampak tak blog aku dah berubah kepada BLUE mood. Ha akhirnya keluar sudah warna warna pastel idaman kalbu ku. Memang dah lama nak tukar theme colour blog ni. Tapi tak confident nak warna apa. Lastly tadi tiba tiba dapat ilham nak warna biruuu. Yeaahh! 

Yelah sebelum ni macam kelam je warna blog ni. Warna coklat, krim macam tu. Aku tengok sendiri pun menyampah. Rasa macam takde kelembutan, ke-cool-an dan tenaga di situ. Berbanding sekarang ni lembut sikit mata ni, sejuk dan terasa diri ni lembut hahahax. Sila muntah sekarang.

Oh. ok lah. Tutup pasal ni, bukak cerita baruu.


Jadi seorang yang lemah lembut dari segala aspek. Pernah tengok tak cerita "Warkah Cinta" cerita yang di adaptasikan dari novel "Warkah Cinta Berbau Syurga". Tapi aku tak pernah lah baca novel dia, aku bukan pembaca novel yang tegar. Ok, dalam cerita tu ada satu perkataan yang di highlight kan. Hero dia cakap:

Selamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan dengan kekerasan
Kalau orang marah marah kita, kita bercakap dengan lembut. apa jadi? Mesti orang tu jadi lembut juga kan, tak jadi nak marah :) Macam tu la seumpamanya.



Jangan benci dengan orang yang cemburu dengan kelebihan yang kita ada. Tapi hormat mereka kerana mereka lah antara orang yang menyangka kita ni lebih baik daripada dia. Orang-orang macam ni mungkin mereka terasa tergugat dengan kehadiran kita. So abaikan je. Malah kita kena happy. Aku sendiri ada kawan sebegini. Apa yang aku selalu buat hanya lah 'buat tak tahu sahaja' dan sentiasa 'bersabar, think positive'

Yelah kawan sendiri kan, buat ape nak gaduh. Ingat aku sendiri je yang terasa. Tapi sampaikan ada yang menegur 'dia memang macam tu ea? Jeles dengan kau' Jadi memang tepat la sangkaan ku Hahaa.


Biasa lah kita. Hidup bermasyarakat. Macam macam pe'el ada. Ada yang kita selesa, ada yang tidak. Kepada yang tidak tu. Dia termasuk lah dalam golongan golongan yang mencerah kan hidup aku, bila kau tak ada! Haha nampak macam jahat je aku.


Selalu kita terdengar or terbaca ayat penyejuk hati dikala kelukaan *eceh seperti ni "Everything happens for a reason" Tapi jarang dengar or terbaca "but sometimes the reason is that u're stupid and u make bad decision" Tapi pernah kan terdetik dalam kepala kita? Bodoh la aku ni buat macam tu. Kalau lah boleh undur masa aku takkan buat macam tu. Aku takkan pilih jalan macam tu~

Do u agree with all my explainations? 
Hehe, do leave the comment please :p

Bye bye. terima kasih kerana membaca.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...