Friday, March 29

PENGALAMAN TIME MELAWAT RUMAH ORANG TUA-TUA




 15 MAC. Akhirnya hajat di hati ni sampai juga untuk merasa sendiri macam mana keadaan n suasana di rumah orang tua-tua. Rumah yang di penuhi dengan orang tua. Tanpa anak, tanpa family. Hanya habiskan sisa-sisa hidup dengan penjaga penjaga yang mungkin dah di anggap sebagai keluarga sendiri. Hrmm sadis nye bila teringat nasib diorang.

Lokasi :  Rumah Seri Kenangan Cheng.
Masa : 8.00 – 12.30 tengahari

Ni program under kolej, Program Khidmat Masyarakat Pupuk Kasih Sayang Warga Tua di Rumah Seri Kenangan Cheng. Alhamdulillah tak sangka pulak dapat pegi, tu la orang kata. Kalau niat baik Insyaallah semua jalan akan dipermudahkan kan? Hehe. Ni lah antara pengalaman yang best bagi aku. Kalau boleh nak pegi lagi! Pegi lagi lama~

Habis tu di sebabkan hari jumaat, jadi terkejar-kejar dengan solat jumaat nya lagi. Betol-betol suntuk lah.
Pengalaman yang tak ternilai harganya takkan aku sia-sia kan tanpa bercerita dekat blog sendiri. Lantaklah ada orang nak baca ke tak. Niat hati bukan nak sibuk jaja cerita sikit tu ada la kot hihihi tapi biarkan pengalaman ni terpahat di depan screne lappy J eceh bukan main lagi kan.

Sebenarnye kan.. tak sampai 2 jam pun sesi beramah mesra dengan diorang. Bayangkan lah. Bertolak dalam pukul 8 lebih, amik masa mungkin sejam kot. Tak perasan sebab aku tido dalam bus haha. Perangai teruk da keluar. Sampai-sampai je tunggu sekejap n ada sikit taklimat. Dalam pukul 11 something baru dapat melawat nenek dengan atuk kat situ. Punya lah bengang.. agak lama ustaz tu taklimat. Cuma sempat lawat 2 wad je.

Omey kan..
First sekali lawat wad nenek. Tiba-tiba ternampak aunt tu, tak tau la aunt ke nanny ke tak bape nak dapat kesan ahaks. Kreatif tau sebab die jual manik-manik yang di gubah jadi kan keychain macam macam bentuk. Pink panter, kucing, ayam, teddy bear. Comel comel belaka, harga pun turut comel belaka laka haha. Lepas tu yang mencuit hati, bila kitorang nak beredar pegi lawat yang lain dia seolah olah merajuk. Sebab ape? Sebab sorang pun takde yang beli hasil tangan dia tu. Bukan tak nak beli tapi kitorang nak melawat yang lain dulu. Dah nak balik tu, ramai juga yang beli tau. Aku je tak beli, sebab tak minat dengan keychain. Jangan lah bagi aku benda benda macam tu. Nanti hilang punya. Ha that’s why lah :p sebab aku ni agak susah nak jaga barang sendiri. Memang fail.

Ha tu satu. Sorang lagi ni pulak. Nenek ni memang jenis yang suka bergaya. Dengan bibir merah makngah, rambut bercekak. Memang tak macam yang lain lah. Hehe. Ada bakat taw, suka bernyanyi. Banyak lagu yang dia nyanyi kan untuk kitorang. Sedap tak? E’ehm paham paham sendiri la labuuu haha. Kami layan aje~ macam macam lah kan perangai yang diorang buat time kitorang datang sana. Ada yang murah dengan gelak tawa, ada yang sebaliknya. Ada yang sihat mampu ke sana sini cukup sifat, ada juga yang sebaliknya :’)

Ni pulak kisah dekat wad lelaki.
Kat sini lah air mata aku tak mampu nak di sengkak lagi. Meleleh sayu air mata ni, sebak dengan pengakuan dan kata kata atuk ni. Dia tak habis habis panjatkan kesyukuran pada Allah sebab kami datang. Hati dia terisi sikit, happy. Hidup sebatang kara tanpa anak cucu. Katanya semua dah takda, entah betol ape tidak kami hanya mendengar. Berat dada ni tahan sebak, dia siap doakan kami. Semoga atuk tabah ye J
Kenapa aku kata entah betol ape tidak kami hanya mendengar? Eip bukan aku suka suka ye taknak percaya ke apa. Dah di pesan pada awal taklimat. Jangan percaya 100% apa yang mereka cakap. Biasa lah orang tua kan.. kita cuba jadi pendengar yang baik. Ni pun ada kisah nye taw. Lagi kelakar hehe.

Ada atuk ni cerita. Dia pekerja bank, dekat KL. Aku Cuma senyum je. Dia tambah lagi “saya tak tinggal kat sini, saya jadi penyayi je kat sini. 20 haribulan nanti tengok lah kat tv3” wow! Masuk tv… korang caya ke agak-agak? Hehe paham sendiri lah ye. Tiba-tiba ustaz tadi tu datang dari tingkap belakang atuk tu. Tengah pompam pompam atuk tu cerita tiba-tiba ustaz tu tegur “ha goreng la lagi pakcik, goreng goreng ” Haha kitorang punya tergelak. Baik-baik nak bercerita nak bernyayi terus tak jadi. Dia terkejut sambil gelak “haha mana ada tak jadi lah, ustaz ada tak boleh” berulang ulang dia cakap… hehe terhibur jugak lah hati ni mengenangkan :p

Sebenarnye banyak lagi kisah. Tak tertaip dek jari ni. Aku kongsi mana yang sempat je ye. Aktiviti terakhir kami buat sukaneka. Simple-simple je. Mana boleh lebih-lebih kan. Tu cari nahas namanya hehe. Ada tiup belon sampai kebabom, main dam, tic tac toe dengan teka  benda tersembunyi bawah cawan. Aku dengan housemate dapat tarik sorang nanny Chinese. Ajar die main dam. Happy giler bile time die menang hehe. Suka tengok nanny tu senyum, sweet J

Maaf kami terpaksa ganggu waktu makan tengahari diorang. Nak tau tak? Time makan bunyi siren kat dalam tu macam juvana! Seram deh haha. Kuat lak tu. Terasa macam budak budak jahat lak hehe. Dah lepas habis main tu semua, kami hantar mereka kat wad balik. Lepastu kami terpaksa tatatata diorang. Sebab ada majlis penutup. Lepas selesai semua, kami pun bertolak balik. Ada berhenti dekat masjid mana tah untuk solat jumaat. Diorang solat kami muslimah sejati ni kena dok dalam bus diam-diam. Aku habiskan masa dengan makan la apa lagi. Dah kenyang membuta.

Tapi tido tak berapa nak lena sebab aku ada class pukul 3 tu. Dah pukul 2 lebih tak sampai lagi. Cuak dalam hati tuhan je tau, dekat buku tak bawak, nak balik amik memang tak sempat lah. Nak ponteng tak sampai hati. Kuliah akaun der, mana boleh. Dah la tak berapa nak pandai. Lagi mahu ponteng. Tak pandai buat cara tak pandai hehe. Setelah berpikir secara sedalam dalam nya akhirnya nekad kan diri untuk pegi jugak. Walaupun tak bawak apa-apa. Study buat buat ada buku mata terkebil beliak tengok pensyarah haha.

Macam-macam lah. Walaupun penat tapi berbaloi
Keesokan harinya cuba teka aku pegi mana? Teka lah~ teka lah~



Hrm aku pegi KURSUS KAHWIN TAW!! :D
Tolong jangan jeles ye, I dah nak kawin dah :p (Jangan nak menggedik lah erna hoi)

Bubye! Assalamualaikum J


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...