Friday, February 8

Kek Coklat Moist :D

Assalamualaikum, Selamat malam :)


Hari ni ada sikit rajin, ke sawan terlebih. Eh? Tah lah. Tadi main masak masak dengan mak. Tapi hakikat nye mak yang buat lebih, hoho. Bercadang nak buat kek coklat moist. Tapi macam dah jadi donut. Big apple ha baru betol big, ihiks. Takde lah, bentuk dia je macam donut, tapi hakikat batin nye ialah kek coklat basah.

Mak dengan adik cakap ni gantikan untuk kek birthday aku yang haritu. Kan tak sambut dengan family, cuma wish je. Uhuk. Maklumlah, belajarr kan. Tak duduk rumah (konon). So konon-konon nye ni lah kek untuk aku. Buat sendiri, makan sendiri. Best jugak :p

Kalau nak tahu. Kek ni senang je nak buat. Terlalu simple. Adik tadika pun boleh buat.



Bahan-bahan:

  1. Susu pekat kalau boleh F&N taw untuk buat topping.
  2. Susu cair satu cawan
  3. Gula perang 2 cawan
  4. Tepung gandum & serbuk coco di ayak supaya halus mulus hehe. dua cawan.
  5. Buttercup
  6. Baking powder 2 sudu
  7. Soda Bicarbonate 2 sudu
  8. Telur 2 biji, tapi sebiji lagi nak kuning je.
  9. Perisa vanilla (tapi tadi boleh terlupa nak letak)
Cara-cara:

KEK
  1. Mix susu cair dan mentega yang dah di cairkan.
  2. Mix kan sekali dengan tepung gandum dan serbuk coco yang dah di ayak tadi.
  3. Masukkan telur yang dah dipukul.
  4. Masukkan baking powder dan soda bicarbonat.
  5. Gaul sehingga rata, pastikan tak ada ketulan.

TOPPING

  1. Cairkan mentega.
  2. Mix kan sekali dengan serbuk coco dan susu pekat dalam periuk yang sama tapi tunggu mentega cair taw.
  3. Curah atas kek yang da siap tadi
DONE! Selamat mencuba. Mudah kan? Cuba buat. Kalau ade ape ape musykil boleh tanya. 
Daa~~

1 comment:

Maii Adinda said...

tadi maii buat biskut butter. hhehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...