Lama tak aku menyepi? ala bukan ade pembaca tegar pun. follower pun tak mencecah ratusan macam korang. eish bila lah nak maju ek.. tak pelah. hati aku ikhlas nak menulis n share blog ni. tak mintak balasan pun, peace :p
Ok memandangkan aku dah start cuti sem ni. ape lagi kan, active la sikit tangan aku ni nak menaip entry-entry baru. paling mudah entry berunsur fakta. cuma search kat google and copy then past. mudah kan? tapi jangan lupa letak credit. nanti kene marah pulak den tuan nyo yo...
Kali ni ya entry aku merupakan fakta lagi. koje sonang sapo tak mau kan? eden memang feberet bab bab cenggini. Entry ni mengenai perempuan. ya kaum hawa yang lembut, manis, sopan santun macam den ni. ahaks perasan sudah. sesuai lah ye lelaki lelaki di luar sana untuk baca and amik tahu tentang perkara ni.
Bila perempuan benar-benar jujur ape yang mereka akan lakukan. jeng jeng jeng!! sila lah baca di bawah ni ;)
- Si dia habiskan hujung minggu bersama kamu
- Dia akan selalu doakan dalam solatnya
- Ingatkan kamu dalam melakukan pekara yang baik seperti solat
- Menghubungi kamu saban waktu
- Berkongsi hobi bersama
- Tidak berkira, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan wang ringgit
- Sanggup bertolak ansur
- Menjalinkan hubungan baik bersama ibu bapa dan adik-beradik kamu
- Tidak melenting andai kamu mahu keluar bersama rakan untuk menonton perlawanan bola sepak
- Si dia mendahulukan kamu dalam apa sahaja situasi
- Kenalkan kamu pada rakan-rakan rapatnya
- Kenalkan kamu pada keluarganya
- Sanggup berkongsi hobi meskipun itu bukan minatmu yang sebenar
- Boleh berkongsi apa sahaja
- Boleh hidup susah dan senang dengan kamu
- Mempercayai kamu meskipun kamu ada tugasan di luar kawasan
- Mengingati tarikh penting dalam hidupmu
- Mahu mendengar suaramu setiap kali si dia mahu lelapkan mata
- Tidak kisah dengan kekurangan atau kelemahan yang ada pada kamu
- Sentiasa memberi nasihat dan galakan kamu untuk memajukan diri
- Si dia menghormati kamu sebagai seorang lelaki dan kekasih hati
- Prihatin terhadap dirimu termasuk menjaga kamu ketika kamu sedang sakit
Ha macam mane? dah paham sekarang? ada tak maccam awek awek korang semua. kalau ada alhamdulillah, dia benar-benar ikhlas tu. ape lagi masuk lah meminang. hehe.
oooh lupa benda ni aku "curi" kat blog mywasabicinta.blogspot. hehe jangan risau aku dah mintak permission pun lah... see ya then.
No comments:
Post a Comment