Friday, August 31

bersyukurlah dan sentiasa beringat :)

Assalamualaikum

Hai semua. kali ni sama-sama lah kita renung-renungkan ye. sempena hari baik dan bulan baik ni. aku ada terjumpa ni time tengah usha-usha news feed kat FB yang di post kan oleh pemblogger kecil molek, yuyu zulaikha :p so jom!

  1. Cantik solekan tapi sayang, jika tak dapat di basahi wuduk
  2. Tegap tubuh badan tapi sayang, jika tak pernah tunduk bersujud.
  3. Manis ulas bibir tapi sayang, jika tak selalu melafaz zikir.
  4. Mewah kereta tapi sayang, jika tak pernah bersinggah di masjid.
  5. Banyak hartanya tapi sayang,jika tak pernah bersedekah & membayar zakat.
  6. Cantik mulus kulitnya tapi sayang, jika tak pernah menutup aurat.


Ok yang bawah ni pulak aku jumpa kat FB jugak. ni mengenai jodoh kita. yang sentiasa kita kene ingat. bercinta jangan bagai nak rak sangat, jangan terlalu yakin. takut-takut nanti membinasakan diri sendiri. cewahh ayat tak menahan mak jemah ! ahak. jangan risau dengan jodoh kita. masing-masing allah dah tetapkan. rajin-rajin lah berdoa, benarkah si dia adalah jodoh kita yang sebenar yang telah tertulis di luh mahfuz?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...