Wednesday, May 2

personaliti anak ke-2

Assalamualaikum antunna semua. Lama da tak ketemu ya, hehe. Baru je habis final exam, last peyyperrr last peyyperr hahaha. Then terus je balik rumah. Balik rumah kemas-kemas, makan ape semua terus je tidur, sakit kepala sangat. Cuaca hari isnin amat lah terbaik huhuhu.

Entry kali ini berkisah kan pe'el anak no 2. Iaitu aku, dah dua hari aku search pasal ni, sebab ape? Sebab aku tak puas hati. Orang dok mempersoalkan yang anak no 2 ni memang pelik dalam family. So aku cari la kebenarannya hehehe. Tapi kadang-kadang aku memang akui pun, aku nie selalu je di ejek dan di cop anak orang lain *sebak. Eish lantak lah, janji aku hidup bahagia hingga kini, cewahh :D.
Korang yang anak no 2 tu pun mesti nak tau kan apa result nya. Tunggu sat ye.. Sat je...

Comel tak? Mestiii la comel kan? Tengok lah sape tuan nye :p
*perasan sudahh hehe

Sindrom Anak Kedua - iLuvIslam.com

  • -Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan. #How come :(
  • -Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. 
  • -Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. #huh nasib baik la atas aku abg, tak de lah istilah secondhand hehe.
  • -Sikap sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. #degil lagiii
  • -Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya #ye adik aku, muahahaha.
  • -Kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri.#ya saya memang kuat! tak tau lagi ke?

Another fact
♥ Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

Quiz: ada 4 sebenarnya. Tanah, Air, Api dan Angin. Aku amik Air je, sebab tu aku punye. Ada paheemm?

Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh

Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!


Another fact !

Anak Kedua (Angah):
  1. Anak kedua kalau diikutkan merupakan anak yang paling bijak. Paling menonjol dan paling terkehadapan dalam segala hal. #ha yang ni memang suke :p
  2. Tetapi AWAS!Mereka merupakan anak yang paling nakal dan degil dalam banyak adik beradik.#sekali lagi-degil :)
  3. Suka control orang lain dan mahukan orang lain mendengar kata-katanya.#Bhahaha padan la dengan muka org tuu.
  4. Boleh hidup berdikari dan boleh cari duit sendiri walaupun dalam usia yang muda.
  5. Pada mulanya menjadi harapan kepada keluarga,kemudian kurang menyerlah kerana mereka nakal dan degil dalam kebijakan yang dimiliki.#Lagi dan lagiii
  6. Sangat sukar diberi nasihat dan teguran. #Degil kot
  7. Mudah berdampingan dengan ibu berbanding ayah.# yeke? ni macam tak je, terbalik ni..
  8. Seteru kepada along. Tetapi tak semuanya seperti ini. Saling bersaing untuk tunjukkan siapa yang lebih bijak dan baik.
  9. Even mereka ni degil, jauh di hati mereka ,lembut orangnya. Cuma kena dalami dan cari cara bagaimana nak lembutkan hatinya. Kalau tahu caranya, pasti mudah tundukkan mereka.#Ermm betol-betol.
  10. Mereka lebih arif dalam menyusun masa depan mereka. Sebab itu sekarang ramai Angah berkahwin awal dari alongnya. Tapi elok berkahwin awal bukan? :p
And the last but not least ok !

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. Apa sikit ibu!! Yelah sape lagi kan.. Ayah kan keje je.

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia ajer yg betul.. Dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. Kemahuan dia kuat.. Kalau buat sesuatu sungguh2… Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. Dia kalau bercinta, sangat setia… Sanggup berkorban… #tengok! Beruntunglah sape yang bercinta dengan anak ke-2 ni :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih…. Putihlah…. Degil tak boleh toleransi.

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras… Tp hati dia lembut juga…. SATU lagi peel dia… Dia tak boleh ditegur…. Kalau kita tegur dia mesti tarik muka. #ha penah try? Try la kalau nak kene.

BERDIKARI
Very independent.. Mmg betul.. Tp kalau terlebih indepent pun payah….. TP mudah bergaul.. campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan.. Very take care of her brother and all stuff belonging family.
(sebab terlalu ambil berat pun menyampah… Semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan…. Dia lebih suka buat hal sendiri, pendek kata.. Tak boleh kerja ngan org… Ramai anak no 2 ni keje sendiri.

PEMAAF & caring
Tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring… TAPI awas jgn bg diorg marah…. Kalau depa marah faham sajer lah. Silap-silap jadi HULK kalerr hijau tuu hehe.

PAKAIAN
Nak ajer up to date… Semua nak kemas.... Of course la, tak kan nak serabai je kan ;)

Ok siap sudah assignment saye kali ni. Hope boleh dapat full mark la ye. Hehehe, pada korang-korang yang anak sulung/ anak bongsu yang nak tau personaliti korang macam ni. Request je la k.. Nanti saya tolong search kan, or korang kan lebih rajin dari aku kan?? Boleh la search sendiri :p. Yang anak ke 6 dari sepuluh adik beradik ke.. Yang selain kak long, kak ngah n busu saye tak tau lah search macam mane. anggap je lah korang tu anak tengah ye. Sama macam anak no-2. Nak? Anak no-2 kan baik-baik peel nye.. Cuma degil tu je lah tak boleh nak blah HAHA. Ish sabo je lah kannn.

Saya sayang anda semua kerana ALLAH   



Whatever it is ...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...