Sekarang baru aku sedar. Di sebalik semua kedukaan ku sebelum ni ada hikmah di sebaliknya. Allah Perancang terbaik.
Apa kita mahu. Kita mintak pada Allah. Dan tak semestinya permintaan tu terus Allah tunaikan dalam masa terdekat tu juga jika belum tiba waktunya.
Alhamdulillah wa syukurillah. Atas kesabaran ku menanti. Menangis. Kerana menginginkan sesuatu yang blm tiba masa nya untuk aku dapatkan. Dulu menangis kerana meminta. Sekarang menangis kerana kesyukuran.
ayat dramatik sangat. hehe.
pejam celik lebih kurang 2 minggu lagi nak bergelar isteri. Ya Allah nebes nye.. da start tido x berapa nak lena, mimpi bukan bukan je. risau dengan banyak benda. memang kena risau pun sebab borang kawin x submit lagi hehew. harap harap minggu ni dapat settle kan T_T benda penting tu la yg buat spoil mood kadang kadang huhu.
semalam umur aku da genap 22 tahun, hari ni bakal suami pula hehe. rasa macam da dewasa sangat je, orang kata kitorang kawin muda. muda ape nye tah -_-' aku rasa matang tu meresap perlahan lahan dalam mental ni.sampai tak de pikir nak enjoy, manjang nak serius hehe. biasa la org tua ;p
sebenarnya aku rasa bersyukur sangat atas segala nikmat yang Allah pinjam kan pd aku selama 22 tahun ni. tak terbalas rasanya, tak terhitung. dosa selama ni pun tak terkira banyak nya kot, sobss.. Ya Allah jahil nye aku sebab terkadang alpa dengan nikmat yg dipinjam kan huhu. syukur sangat di beri pinjam bakal suami ni selama 6 tahun. semoga akan berkekalan hingga ke syurga. lelaki yang terbaik pernah aku kenal selepas rasulullah dan ayah :)