Monday, February 4

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Assalamualaikum ^^

Hai adik husna n kak niera. Harap sudi baca entri ni.

Sy dah masuk 2 tahun study kat Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sekarang ni tengah struggle dalam semester 4. InsyaAllah, mungkin next year akan di naik tarafkan ke peringkat Universiti dan tukar nama kepada Universiti Islam Melaka Malaysia (UIMM). Sy amik kos Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam (DPPI) di bawah fakulti Akademi Pengajian Islam (API).

Kat sini sy ada serta kan web untuk pilihan program ----->  Program yang ditawarkan
Dari PhD, Ijazah sarjana dan Diploma.

Bahasa Arab kat sini wajib amik. Sekurang-kurang nya 2 semester. Tak kira lah muslim or non-muslim. Tapi kos sy wajib amik 4 semester bahasa arab ^^ Kolej ni kalau nak tahu ada orang luar negara. Tapi setakat jiran-jiran kita je lah hehe. Sri Lanka, Kemboja, Singapore n ada lah beberapa lagi yang sy kurang perasan. Orang sabah dan sarawak pun ramai boleh tahan.

Kolej ni mengetengahkan agama lebih. Cara berpakaian kita sebagai muslim wajib pakai baju kurung/jubah yang tak terlalu ketat dan sampai boleh menampakkan bentuk badan untuk ke kuliah. Kalau tak nanti kena tegur dengan mak guard hehe.. Tapi bagi yang non-muslim kena pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Cafe kat sini pun banyak sangat pilihan makanan. Dari pagi sampai ke malam. Bawah asrama pun ada bukak kedai lagi, kalau time cuti malas nak menapak ke cafe, boleh turun beli kat bawah je ;) Bak kata pensyarah sy "pelajar yang akan keluar kuim ni tak de nye yang kurus bila keluar, semua badan besar-besar haha"

Asrama kat sini panggil Rumsis, tak lah jauh sangat dari fakulti. Masih mampu lagi berjalan. Kalau sy yang takde kenderaan ni terpaksalah hari-hari berjalan. Tapi kalau ada kereta or moto lagi pantas sampai haha. Kalau nak tahu, asrama kat sini bukan macam dom tapi macam rumah flat. 1 rumah ada 3 bilik, satu toilet dan bilik air serta dapur. So lebih selesa bukan?

Mengenai peraturan pula tak lah terlalu ketat kalau kita dah biasa kan. Macam biasa kena pakai stokin, tak boleh berpakaian jarang, tudung kena tutup dada. simple je ;)
untuk lebih lanjut pasal kolej ni  boleh pegi portal web rasmi -------> KUIM

Ok! selamat memilih! Kalau nak tahu lebih lanjut jangan segan dan silu tanya pada sy ok. Insyaallah sy akan jawab mana yang sy tahu hehe :p

16 comments:

Kak H said...

oh KUIM. senior sy ade blaja situ, bru msok tahun lepas.. hehe :)

sy mmg cadang nk msuk situ klw smua universti tmpatan yg sy apply tu,x dpt. jmpe disana! insyaAllah hehehe

btw, terima kasih sebab join kak ;)

nanti saya umumkan pemenang, dan akan terus hantar link kpd kalian. haa, saya dah follow back k.

jika ada banner yang hendak di kongsi, sila beritahu di cbox saya supaya senang saya nak lihat semula! :)

sini senarai peserta, sila blogwalking -> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

f.aliaa said...

Salam ziarah dari UPM, all the best di KUIM! ;)jemput singgah
http://thobibi.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-dan-kenali-ipt.html

Unknown said...

salam erna, eh! same name laa...haha

btw, gud luck ye sepnjg di KUIM. doakan sy jugak, da follow awk :)

http://ernashafiqah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Atiqah Ivy said...

Hye...
sy dr segmen yg same...
sy pon blaja lat melaka jgk..
kat UTeM ^^

EkaTikah said...

KUIM? Pernah pergi sekali rasanya

Datang dari segmen yg same. Salam perkenalan. Kite dari UTM :)

Nana Lee said...

singgah dr segmen yg sama

bagusnya wajib ambik bahasa Arab..:)
btw,i follow dan gud luck! :)

Yong Baiaah said...

dari segmen yang sama, saya Unimas, sarawak, kalau datang sana jangan lupa cari saya ya .. done follow u

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Unknown said...

salam..dari segmen yang sama... saje terjah.. done Follow here.. Follow Me Back.. Tq and GOOD LUCK ! !

http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Atiqah Zulkifli said...

jejalan di sini dr segmen yg sma..
http://nazwww.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

nicosikura said...

ramai juga senior saya di sana..

jom melawat UPSI.

http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Unknown said...

bw dr segmen yg sama..follow sini ;)

Diya Hanun said...

first time dengar pasal kuim nie :D

http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Unknown said...

Salam..kakak nk tanyer..di kuim boleh pkai pashmina ?

Unknown said...

Kat kuim boleh pkai pashmina ?

Miss E said...

dik, maa lambat reply ye.. Dekat kuim tak boleh pakai pashmina. shawl tak di benarkan.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Benarkah kuim akan menjadi universiti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...